Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksRancangan Tindakan Strategi

 
 
 
 
 
 



BIDANG STRATEGI PENTING DAN KUMPULAN SASARAN UTAMA


Rujukan telah dibuat kepada beberapa isu sejarah dan kontemporari yang melibatkan belia di Negara Brunei Darussalam. Dalam Dasar Belia Negara perkara tersebut digambarkan dalam beberapa bidang strategi penting dan kumpulan sasaran yang dijadikan fokus perhatian utama Perkara itu adalah seperti berikut:


I: Pendidikan Perkembangan Diri


Apa jua yang dilakukan oleh pihak Kerajaan dan pihak lain untuk mengutarakan kebanyakan isu yang melibatkan belia di Negara Brunei Darussalam, pada hakikatnya bergantung pada kesediaan dan kebolehan belia itu sendiri untuk mengenalpasti dan mengetasi masalah yang mereka hadapi dan menggunakan peluang yang ada. Oleh itu strategi penting yang boleh didapati dalam semua kegiatan dan program belia yang dilaksanakan di bawah Dasar Belia Negara adalah perkembangan peribadi, termasuk prinsip-prinsip berugama, supaya belia memperkembangkan sikap peribadi dan kualiti yang diperlukan untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui sistem pendidikan dan skim latihan.


II: Pekerjaan dan Latihan Belia


Untuk menghadapi dua keperluan yang berkaitan iaitu mengetasi tahap pengangguran yang tinggi di kalangan belia dan menggalakkan lebih ramai daripada mereka bekerja di sektor swasta, maka skim latihan, penempatan kerja dan maklumat kerja/kerjaya telah diperkenalkan dan akan diperluaskan. Skim ini akan dikendalikan dengan kerjasama yang rapat dengan majikan Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang berkaitan. Oleh kerana keluarga juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas belia, mereka ini juga perlu sama dilibatkan. Bagi skim pendidikan awal dan/atau mereka yang memiliki kelulusan pendidikan yang rendah kerana kumpulan inilah yang terdedah bukan sahaja kepada pengangguran tetapi juga kepada penyalahgunaan dadah dan jenayah kecil. Perkembangan peribadi juga merupakan tema yang utama bagi perkhidmatan ini.


II: Kepimpinan


Di bawah Dasar Belia Negara, dengan penekanan terhadap perkembangan peribadi, keutamaan akan diberikan untuk mengembangkan kebolehan dan kualiti kepimpinan belia seperti teladan yang digambarkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Fokus terpenting di sini ialah untuk mengekang kemerosotan bilangan pertubuhan belia dna pertubuhan bukan-kerajaan negara ini. Selain daripada program latihan kepimpinan, sokongan dan latihan juga akan diberikan kepada pemimpin-pemimpin pertubuhan untuk memastikan yang mereka tetap kukuh dan komited dengan tanggungjawap mereka.


IV: Daya Usaha


Gabungan perkembangan peribadi, pekerjaan, latihan dan kepimpinan diberikan fokus utama bagi menggalakkan dan membolehkan lebih ramai belia ,elibatkan diri dalam daya usaha ekonomi dan sosial. Melalui skim latihan, sokongan dan kewangan khas, termasuk sokongan aktif bagi penubuhan badan-badan koperasi sekolah, keutamaan akan diberikan untuk memajukan lebih ramai usahawan belia.


V: Persefahaman Antarabangsa


Keutamaan sentiasa diberikan untuk memastikan bahawa belia menyedari sepenuhnya akan kedudukan mereka, dan kedudukan negara mereka dalam ASEAN, rantau Asia, komanwel dan antarabangsa akan terus menjadi bahagian pentiang Dasar Belia Negara.


VI: Perkhidmatan Kepada Lain dan Negara


Sesungguhpun Negara Brunei Darussalam pada keseluruhannya dan setiap individu penduduknya mesti berusaha untuk berjaya dan berdaya saing, tetapi terdapat bahaya bahawa perkara ini akan tercapai dangan mengorbankan sikap pemedulian sosial dan perpaduan di kalangan masyarakat. Tanda-tandanya sudah nampak yang sikap individualisme dan budaya pengguna telah mengakibatkan kehilangan nilai tradisi yang positif. Oleh yang demikian, perkhidmatan, program dan kegiatan kemasyarakatan yang ada sekarang akan dikembangkan dan dipertingkatkan serta diberikan kutamaan di bawah Dasar Belia Negara.


BIDANG STRATEGI PENTING DAN KUMPULAN SASARAN UTAMA


BIDANG STRATEGI PENTING

KUMPULAN SASARAN UTAMA

  • Pada tahun 2000 kadar pengangguran di Negara Brunei Darussalam di kalangan penduduk tempatan adalah 4.6%* (lebih 6.543 orang), berbanding dengan 2.6% tahap purata pengangguran pada tahun 1993. Apa yang sangat membimbangkan ialah kenyataan bahawa pengagguran ini terutamanya tertumpu pada belia. Sebagai contoh di kalangan yang berusia 20-24 tahun hampir 18%.
Belia lepasan sekolah yang menganggur
  • Sumber minyak dan gas yang menjadi tunggak ekonomi dan kemakmuran negara pada masa ini adalah terhad. Oleh kerana itu adalah perlu bagi negara untuk memajukan sektor pengeluaran dan pekerjaan lain dan meningkatkan lagi pengeluaran produk pertanian tempatan.
Belia yang berfikiran singkat
  • Negara telah melalui proses pembandaran. Walaupun ini suatu kemajuan tetapi langkah-langkah hendaklah diambil supaya proses pembandaran ini tidak menyumbang kepada kemerosotan luar bandar dan pertanian serta peningkatan masalah-masalah sosial.
Belia yang terbiar
  • Terdapat kemorosotan pertubuhan-pertubuhan belia/kemasyarakatan dan usaha-usaha bantu diri di kalangan penduduk. Di antara tahun 1964 dengan tahun 1984, bilangan pertubuhan bukan-kerajaan meningkat dari 20 kepada lebih 220. Tetapi hari ini dianggarkan kurang satu per tiga daripada pertubuhan tersebut masih aktif, dan sebahagian belia atau menghidupkan semula pertubuhan-pertubuhan tersebut.
Belia "Malas Ku Ingau" atau belia tidak bersemangat

*Brunei Darussalam Key Indicators 2000


[ atas ]