Mukadimah
Dasar Sukan Negara ini merupakan kenyataan ringkas akan tujuan, matlamat serta strategi dan cita-cita Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berhubung dengan sukan yang merangkumi kedua-dua sektor program dan aktiviti yang biasa dirujukkan sebagai (a) “Sukan Untuk Masyarakat” (SUM) dan (b) “Sukan Prestasi Tinggi” (SPT).
Dasar ini digubal atas beberapa sebab-sebab antaranya:
- Sukan dan sebagainya merupakan sebahagian aktiviti hidup rakyat dan penduduk yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan antarabangsa;
- Sukan perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarnya sepertimana keperluan asasi yang lain, umpamanya, pendidikan sebagai kegiatan pembangunan negara - antara lain, membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, cergas, sihat dan BERDIKARI;
- Pembangunan sukan dan kemajuan sukan adalah tanggungjawab bersama antara Kerajaan dengan sektor bukan Kerajaan yang terdiri daripada pertubuhan / persatuan belia dan sukan, bergerak secara sukarela dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu diselaraskan; dan
- Hasrat untuk memajukan lagi sukan tanahair melalui penyertaan yang seluas-luasnya dan mempertingkat kecemerlangan di peringkat antarabangsa.