Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKesimpulan

 
 
 
 
 
 


Dokumen dasar ini hendaklah dibaca bersama-sama Lampiran untuk menampakkan gambaran yang menyeluruh.

Juga dalam Bidang Strategi Penting dan Kumpulan Sasaran Utama, perhatian prioriti adalah pada enam bidang penting - A. Pendidikan Perkembangan Diri, B. Pekerjaan dan Latihan Belia, C. Kepimpinan, D. Daya Usaha, E. Persefahaman Antarabangsa, dan F. Perkhidmatan Kepada Orang Lain dan Negara, dan bagi pekerja-pekerja belia, rangka kerja tertentu akan disediakan bagi setiap bidang berkenaan.

Pada kesimpulannya, tujuan Dasar Belia Negara dapat dikategorikan seperti berikut:

  • Kerasmian Ugama Islam - mendukung kerasmian Ugama Islam dan menzahirkannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian belia sebagai satu cara hidup yang lengkap selaras dengan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja;
  • Solidariti - membina pertimbangan tekad dan kepaduan di kalangan belia, bahkan di kalangan semua warganegara;
  • Pekerjaan, pembinaan peribadi dan latihan - membina sikap positif, kemahiran dan kualiti di kalangan belia yang perlu bagi pekerjaan (terutamanya di sektor swasta);
  • Daya usaha, berdikari dan kepimpinan - menggalak dan membolehkan belia berkeyakinan sendiri, kreatif, berinisiatif, menyelesaikan masalah, menubuhkan perusahaan baru, dan mengambil peranan kepimpinan.
  • Perkembangan pertubuhan dan kegiatan yang dikendalikan oleh belia - memberikan belia peluang dan motivasi untuk lebih berdikari dan lebih bertanggungjawab dalam urusan mereka;
  • Kekukuhan dan kepaduan negara - membina ekonomi yang kukuh dan berlanjutan dan sebuah masyarakat yang mampu mengatasi perubahan cepat di bidang sosial, ekonomi dan teknologi.
  • Disebabkan terdapat kepelbagaian yang tinggi di kalangan belia di mana setiap individu mempunyai keinginan, kebolehan, ciri-ciri keperibadian, keadaan, minat dan aspirasi yang berlainan semakin meluas khidmat dan kegiatan yang disediakan, semakin tinggi kemungkinan matlamat Dasar Belia Negara dapat dicapai.
[ atas ]

Khidmat dan kegiatan tersebut mestilah tergolong ke dalam dua kategori besar:

"Kegiatan Belia"


Penglibatan belia dalam aktiviti yang sihat dan menyeronokkan di mana pembangunan peribadi dan sikap merupakan hasil sampingan;

"Kegiatan Pembangunan Belia"


  • Penglibatan dan penyertaan belia dalam program yang khusus dirancang bagi merangsang perkembangan dan pertumbuhan sikap, dan kualiti motivasi, daya usaha, kepimpinan dan sifat berdikari. Kegiatan-kegiatan itu bukan dihasratkan untuk mengisi masa tetapi untuk membentuk belia menjadi insan yang baik keseluruhannya.
  • Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Kementerian utama adalah bertanggungjawab menyelaras dengan pihak-pihak lain mengenai hal ehwal kebeliaan, program atau kegiatan yang Kementerian-Kementerian dan Jabatan­Jabatan berkaitan mempunyai kepentingan. Kementerian ini hendaklah dibawa berunding dan dimaklumkan tentang pendaftaran atau pembatalan pendaftaran pertubuhan-pertubuhan belia supaya perlembagaan dan lain-lain undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut tidak akan bercanggah dengan prinsip-prinsip dan penyataan-penyataan Dasar Belia Negara.

lnisitif yang diambil untuk mencapai dasar-dasar dan hasil-hasil yang dikehendaki melalui program dan projek yang telah dikenalpasti adalah dihasratkan untuk meliputi semua(atau sekurang-kurangnya sebahagian besar) belia di Negara Brunei Darussalam. Kejayaan hasrat sedemikian cuma akan tercapai sekiranya semua Kementerian dan Jabatan berkaitan, semua sektor masyarakat dan semua lapisan golongan adalah terlibat dengan penuh azam. Kejayaan itu tidak dapat dicapai cuma dengan dasar-dasar dan tindakan-tindakan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumber-Sumber mithalnya kewangan yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan adalah sederhana berbanding dengan kemungkinan kerugian yang akan dialami sekiranya tanda-tanda penyakit sosial dalam perkara-perkara kemerosotan nilai-nilai keluarga, pengangguran, sikap malas ku ingau dan lain­lain tidak ditangani dengan sempurna.


[ atas ]