Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMISI VISI

M I S I

" Mewujudkan dan membangun masyarakat Brunei ke arah kecemerlangan

melalui program belia dan sukan "

V I S I

Ke arah masyarakat sihat dan cemerlang




TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

cog.png​Membentuk belia supaya bertanggungjawab kepada Ugama, Raja, Bangsa dan Negara melalui program-program kebeliaan dan kesukanancog.pngMenyediakan khidmat bantuan kewangan kepada persatuan-persatuan belia dan sukan
cog.png​Menyediakan dan melaksanakan program latihan kepimpinan belia dan kemajuan sukan berasaskan matlamat Dasar Belia Negara dan Dasar Sukan Negara
cog.pngMenyediakan khidmat bantuan Sukan dan Kejurulatihan Sukan
cog.pngMenggalakkan dan menyelaras penyertaan belia dalam pertukaran program dua hala serantau dan antarabangsa (Program-Program MOU)
cog.pngMenggalakkan masyarakat untuk melibatkan diri secara langsung pada kegiatan riadah dan sukan dengan menyediakan prasarana dan program-program Sukan Untuk Masyarakat dan Sukan Prestasi Tinggi


PERANAN

link.pnglink.pngPeranan dan fungsi Jabatan (sejak April 1993) Sekarang dikenali sebagai Jabatan Belia dan Sukan adalah mengawasi perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal 'belia dan sukan'
link.pnglink.pngMerancang dan memajukan sukan negara secara terpimpin dan terkenal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatupadu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan negara
link.pnglink.pngMengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan 'belia dan sukan'
link.pnglink.pngMengawal, memimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan aktiviti-aktiviti 'belia dan sukan'

nota: Catatan daripada Surat Keliling Pejabat Setiausaha kerajaan Bilangan SUK/90/74 bertarikh 29 Jun 1974.