You may be trying to access this site from a secured browser on the server. Please enable scripts and reload this page.
Turn on more accessible mode
Turn off more accessible mode
Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Turn off Animations
Turn on Animations
SharePoint
Sign In
Follow
Text size :
A
A
A
GOV.BN
Jabatan dan Unit
Pusat Sejarah
Jabatan Belia dan Sukan
Muzium-Muzium
Jabatan Pembangunan Masyarakat
Dewan Bahasa dan Pustaka
Arkib Brunei
Pusat Pembangunan Belia
Khidmat Bakti Negara
Perpustakaan Brunei
Kementerian-Kementerian
Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Kementerian Pertahanan
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Kementerian Pendidikan
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Kementerian Pembangunan
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Kementerian Kesihatan
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian
Sitemap
It looks like your browser does not have JavaScript enabled. Please turn on JavaScript and try again.
ADVANCED
SEARCH
Utama
Currently selected
Mengenai JBS
Misi Visi
Sejarah JBS
Carta Organisasi
Infomasi
Aktiviti JBS
Peranan & Program-Program Belia
Peranan & Program-Program Sukan
Terbitan
Hubungi Kami
Direktori
Home
Recent
Currently selected
Video Folder
Video
Resources_Links
Slider_images
Dasar Belia Negara
Site Contents
Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan
Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan
MAKLUMAT TERKINI
Buku Program Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1442H/2020M
(Peringkat Akhir)
Buku Program
Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1440/2019
(Peringkat Akhir)
TARIKH-TARIKH
PERINGATAN
Raptai 1 - Dewan Digadong, KKBS
Selasa, 1 Disember 2020
Raptai 2 - Dewan Digadong, KKBS
Rabu, 2 Disember 2020
Peringkat Akhir
Khamis, 3 Disember 2020
Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan ini adalah salah satu projek tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan dikelolakan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan. Ianya telah mula dilaksanakan sejak dari tahun 1980-an lagi dan telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, ianya juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di Negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau “tarannum”.
TUJUAN
Bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1996 Masehi pada 1 Jamadilakhir, 1417 bersamaan 13 Oktober 1996. Di antara lain titah Baginda:-
“Hasrat kita yang tunggal ialah melihat generasi Al-Quran itu dikongsi sama oleh semua pihak dan golongan, terutama golongan belia. Kita akan merasa bangga dengan lahirnya belia-belia yang berwatak salih. Bahawa salah satu tanda kesalihan itu ialah terlibatnya mereka dengan Al-Quran sama ada keterlibatan itu selaku pembaca biasa, mahupun sekaligus menjadi penghayat dan pengamal ajaran-ajarannya."
Untuk menyediakan wadah bagi melahirkan qari dan qariah belia yang berpotensi tinggi sebagai pelapis qari dan qariah Negara Brunei Darussalam.
Untuk mempertingkatkan mutu pembacaan Al-Quran di kalangan belia di Negara Brunei Darussalam.
Untuk memupuk dan menyemai rasa persahabatan di kalangan peserta belia melalui program keugamaan.
Untuk persediaan bagi pemilihan wakil Negara ke Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Musabaqah ini terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap yang memegang kad pintar warna ungu serta tidak memegang paspot negara-negara asing.
Peserta-peserta hendaklah berumur di antara
15 - 30
tahun
yang lahir di antara
1 Januari 1990 hingga 31 Disember
200
5
.
Tidak pernah menjadi
Johan
pertandingan-pertandingan berikut:
Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Kerajaan Malaysia;
atau
Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
Setiap peserta hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh pihak penganjur melalui link yang diberikan. Borang pencalonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Urusetia Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan, Jabatan Belia dan Sukan di alamat
Tingkat 3, Bahagian Belia, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan BC4415.
Nombor telefon
2381903/4/5,
faksimili
2380042.
Pendaftaran akan dibukakan bermula pada
Hari Isnin, 22 Jun 2020
. Manakala tarikh tutup pencalonan pada
Hari Sabtu, 8 Ogos 2020.
FORMAT PERTANDINGAN
PERINGKAT SARINGAN
Peserta-peserta di peringkat ini bebas untuk memilih mana-mana maqra yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Setelah keputusan dikumpul Jawatankuasa Jemaah Hakim akan bermesyuarat dengan pihak urus setia untuk membincangkan jumlah peserta yang difikirkan layak untuk bertanding di Peringkat Separuh Akhir.
PERINGKAT SEPARUH AKHIR SARINGAN
Keramaian peserta di peringkat separuh akhir akan dimesyuaratkan oleh Jawatankuasa Jemaah Hakim dan pihak urus setia.
Tarikh, tempat dan masa pertandingan akan dimaklumkan kepada peserta-peserta secara lisan dan bertulis.
Undian giliran membaca dan maqra akan ditentukan sebelum hari pertandingan dijalankan.
Empat peserta teratas dari bahagian qari dan qariah di peringkat ini adalah layak untuk bertanding di peringkat Akhir Kebangsaan. Manakala Johan Qari dan Qariah tahun 2019M juga akan dijemput ke Peringkat Akhir Kebangsaan 2020M (jika masih memenuhi syarat-syarat penyertaan)
PERINGKAT AKHIR
Seramai sepuluh orang peserta iaitu lima qari dan lima qariah bertanding di peringkat ini.
Tarikh, tempat dan masa pertandingan akan dimaklumkan kepada peserta-peserta secara lisan dan bertulis.
Maqra-maqra akan disediakan oleh pihak penganjur.
Maqra dan giliran membaca para peserta akan ditentukan melalui undian yang akan dijalankan sebelum hari pertandingan.
false,false,1