Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksProgram-Program


tiny_cc_MTQBK2020.png
Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan
Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan ini adalah salah satu projek tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan dikelolakan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan. Ianya telah mula dilaksanakan sejak dari tahun 1980-an lagi dan telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.  Di samping itu, ianya juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di Negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau “tarannum”.


calendar.jpgKhamis, 3 Disember 2020
location.png​Dewan Digadong, KKBS
www.pngMusabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 2020
email icon.jpgkkbsmtqbk@gmail.com

logo hbk.png
Sambutan Hari Belia Kebangsaan
Hari Belia Kebangsaan jatuh pada 1 Ogos setiap tahun di mana para belia di negara ini berkumpul dengan tujuan yang bermakna. Pengishtiharan Hari Belia oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi 1 Ogos dijadikan sebagai Hari Belia Kebangsaan adalah satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap pergerakan belia di negara ini.


calendar.jpgSabtu, 1 Ogos 2020
location.pngTBC
www.pngwww.hbk.gov.bn
email icon.jpg
Kongres Belia Kebangsaan
Kongres Belia Kebangsaan merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan. Program ini mengumpulkan belia yang mewakili dari kementerian- kementerian, jabatan-jabatan, persatuan-persatuan belia, penuntut-penuntut (belia), mahasiswa dan mahasiswi belia, dan belia secara amnya.


calendar.jpg16 & 17 Jun 2019
location.pngPusat Persidangan
Antarabangsa (ICC)
www.pngwww.kongresbelia.gov.bn
email icon.jpg