Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMUSABAQAH TILAWATIL QUR'AN BELIA KEBANGSAAN

MUSABAQAH TILAWATIL QUR'AN BELIA KEBANGSAAN 1438H / 2017M

Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Kebangsaan ini adalah salah satu projek tahunan yang diungkayahkan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia 
dan Sukan. Ianya telah mula dilaksanakan sejak dari tahun 1980-an lagi dan telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu
bersaing di peringkat yang lebih tinggi.  Di samping itu, ianya juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di Negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi
masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Qur’an secara berlagu atau “tarannum”

TUJUAN
Bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1996 Masehi pada 1 Jamadilakhir, 1417 bersamaan 13 Oktober 1996. Di antara lain titah Baginda:-

“Hasrat kita yang tungga lialah melihat generasi Al-Qur’an itu dikongsi sama oleh semua pihak dan golongan, terutama golongan belia. Kita akan merasa bangga dengan lahirnya belia-belia yang berwatak salih. Bahawa salah satu tanda kesalihan itu ialah terlibatnya mereka dengan Al-Qur’an sama ada keterlibatan itu selaku pembaca biasa, mahupun sekaligus menjadi penghayat dan pengamal ajaran-ajarannya.”

Untuk menyediakan wadah bagi melahirkan qari dan qariah belia yang berpotensi tinggi sebagai pelapis qari dan qariah Negara Brunei Darussalam.
Untuk mempertingkatkan mutu pembacaan Al-Qur’an di kalangan belia di Negara Brunei Darussalam.
Untuk memupuk dan menyemai rasa persahabatan di kalangan peserta belia melalui program keugamaan.
Untuk persediaan bagi pemilihan wakil Negara ke Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

SYARAT PENYERTAAN

Musabaqah ini terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap yang memegang kad pintar warna ungu serta tidak memegang paspot negara-negara asing.
Peserta-peserta hendaklah berumur di antara15-30 tahun yang lahir di antara 1 Januari 1987 hingga 31 Disember 2002.
Tidak pernah menjadi JOHAN pertandingan-pertandingan berikut:
Majlis Tilawah Membaca Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa anjuran Kerajaan Malaysia; atau
Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

TEMPOH BACAAN DAN ISYARAT LAMPU

Tempoh membaca ialah 10 minit. Adapun perkiraan tempoh masa membaca bermula apabila peserta mula membaca ta’awwuz. 
Peserta boleh memulakan bacaan setelah lampu hijau dinyalakan dan jemaah hakim akan mula menilai bacaan peserta.
Ketika bacaan masuk minit kelapan, lampu kuning dinyalakan dan lampu hijau dipadamkan, menandakan masa untuk membaca masih ada 2 minit, dan peserta dikehendaki bersedia untuk mengakhiri bacaan.
Apabila masa genap 10 minit, lampu merah dinyalakan dan lampu kuning dipadamkan, menandakan masa membaca telah tamat.


BORANG PENYERTAAN
Sila klik untuk mendapatkan Borang Penyertaan Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Kebangsaan 1438H/2017M

atau Borang Online 

Tarikh tutup penyertaan ialah pada Hari Khamis, 16 Mac 2017,  Jam 4.30 petang di Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah yang berhampiran.