Tarikh Tempahan Bola Sepak - Tiap tiap 20 haribulan untuktempahan di bulan akan datang. Futsal : Tiap tiap 25 haribulan untuk tempahan di bulan akan datang. Fresbee : Tiap tiap 25 haribulan untuk tempahan di bulan akan datang. |
Waktu Pembayaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi 2.00 petang hingga 3.00 petang
| Permohonan ini akan diproses dalam masa 2 hari bekerja. Jika diluluskan pihak pengguna perlu menjelaskan pembayaran dalam masa 48 jam. Jika tidak dijelaskan dalam waktu yang ditetapkan maka permohonan ini akan dibatalkan. | Setiap pengguna hanya dibenarkan menempah sekali dalam sebulan.
|
Kebenaran yang diberikan juga adalah tertakluk
kepada penggunaan Jabatan ini, dimana jika pada tarikh kebenaran
penggunaan yang diperbantukan, Kompleks tersebut diperlukan bagi
sebarang kejohanan/penggunaan rasmi (yang diluar jangkaan) atau bagi
menjalankan kerja-kerja pemeliharaan, maka tarikh-tarikh awal yang
dipohonkan adalah dibatalkan dan diganti ke suatu tarikh yang
bersesuaian.
|
Kebenaran yang diberikan adalah bagi tujuan
perkara yang dimaksudkan sahaja. Sebarang aktiviti lain mestilah
terlebih dahulu mendapat kebenaran Jabatan ini dengan menghadapkan permohonan kepada Pengarah Belia dan Sukan.
| Pihak Pengguna tidak dibenarkan untuk meminjamkan kemudahan yang telah diperuntukan kepada pihak lain. Sebarang pembatalan/penangguhan atau jika hari-hari penggunaan yang diberikan tidak lagi dikehendaki hendaklah dimaklumkan kepada Pengawas Kompleks-Kompleks berkenaan lima (5) hari sebelum tarikh penangguhan/pembatalan.
|
Pihak Pengguna adalah dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang permainan/kegiatan pada setiap kali azan berkumandang
|
Sebarang tuntutan kerja lebih masa yang melibatkan
kakitangan Jabatan ini yang diaturkan bertugas semasa penggunaan pihak
pengguna, akan dihadapkan kepada pihak pengguna bagi sebarang urusan
pembayaran mengenainya. Dalam hubungan ini, dipohonkan surat pengesahan
mengenai persetujuan pembayaran kerja lebih masa dari pihak pengguna
sebelum penggunaan padang tersebut. |
Jika padang Kompleks tersebut didapati becak, pihak
pengguna mestilah memberikan kerjasama untuk tidak menggunakan padang
berkenaan sebagai tempat perlawanan | Sebarang penggunaan kemudahan-kemudahan atau
bilik-bilik yang terdapat di Kompleks-Kompleks berkenaan, pihak pengguna
hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis
daripada Jabatan ini. | Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kehilangan atau kecurian ke atas harta benda individu termasuk
kemalangan dan kecederaan pengguna sepanjang waktu penggunaan. |
Pihak pengguna adalah bertanggungjawab untuk
membersihkan kawasan dan tempat-tempat yang digunakan disepanjang waktu
iaitu semasa dan setelah selesai penggunaan dan jika didapati gagal,
sebarang tuntutan kerja-kerja pembersihan akan dikenakan. |
Pihak pengguna tidak dibenarkan untuk memberi kebenaran
bagi sebarang aktiviti berjual atau berjaja kepada mana-mana pihak
sehingga mendapat kebenaran dari Agensi Kerajaan yang tertentu dan
kebenaran tersebut hendaklah juga dihadapkan ke Jabatan ini. |
Untuk makluman pihak pengguna kompleks akan ditutup
sementara dan diberhentikan segala kegiatannya dari jam 6.00 petang
hingga 7.00 malam | Pihak pengguna bertanggungjawab bagi memastikan
keselamatan keseluruhan harta benda dan kemudahan yang disediakan dan
sebarang kerosakan yang berlaku semasa waktu penggunaan adalah menjadi
tanggungjawab pihak pengguna untuk mengganti atau membaikinya dan jika
kerja-kerja pembaikan diuruskan oleh pihak Jabatan ini, maka sebarang
tuntutan bagi kerja-kerja tersebut akan dihadapkan kepada pihak pengguna
bagi urusan pembayaran.
|
Dilarang membawa atau meminum MINUMAN KERAS atau apa
jua jenis makanan yang ditegah oleh Ugama Islam dan sebarang kegiatan
PERMAINAN JUDI adalah ditegah. | MEROKOK ADALAH DITEGAH di Kompleks-Kompleks Sukan di
bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan, pihak pengguna adalah
bertanggungjawab bagi memastikan pemain/pengguna tidak dibenarkan
merokok atau menggunakan rokok eletronik atau vape dikawasan Kompleks
Sukan. |
Pihak pengguna jua dipertanggungjawabkan untuk
memaklumkan kepada peserta yang terlibat di sepanjang penggunaan supaya
akan meletakkan kereta mereka dikawasan letak kereta yang sedia ada. | - Jika sebarang aktiviti yang dijalankan atau
peralatan yang diperbantukan kepada pihak pengguna didapati tidak
mematuhi syarat-syarat yang tersebut di atas maka Jabatan ini berhak
membatalkan permohonan tersebut.
-
|
Jabatan ini berhak meminda atau menambah mana-mana syarat yang difikirkan perlu dari masa ke masa | | | |