Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGaris Panduan Fasa Peralihan

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin memaklumkan mengenai pembukaan semula fasiliti dan premis yang berkaitan dengan bidang tugas Kementerian ini iaitu fasiliti-fasiliti sukan awam dan swasta di seluruh negara susulan Kenyataan Media Jabatan Perdana Menteri pada hari Selasa, 4 Rabiulakhir 1443 bersamaan 9 November 2021 bagi mengumumkan permulaan Fasa Peralihan dibawah Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan COVID-19 pada hari Jumaat, 14 Rabiulakhir 1443 bersamaan 19 November 2021.


Dengan berdasarkan Garis Panduan Fasa Peralihan tersebut, kesemua fasiliti dan premis yang tersebut dijadualkan akan beroperasi semula bermula hari Jumaat, 14 Rabiulakhir 1443 bersamaan 19 November 2021. Secara amnya, fasiliti dan premis berkenaan hanya akan dibenarkan untuk beroperasi dengan 50% kapasiti atau maksima 200 orang pengguna dan petugas dalam satu masa; hanya individu yang mendapatkan vaksin penuh serta mempunyai kod BruHealth berwarna hijau atau kuning dibenarkan bertugas dan menggunakan fasiliti; semua pengunjung dimestikan memakai sungkup muka (face mask) pada setiap masa kecuali ketika melakukan senaman atau kegiatan fizikal dengan mengamalkan penjarakan sosial; dan fasiliti hendaklah sentiasa bersih. Turut dikongsikan premis dibawah kawalan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan beroperasi mengikut waktu kerja dan waktu yang dikhususkan pada hari Jumaat dan Ahad manakala, fasiliti milik swasta dibenarkan untuk beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan.



Garis Panduan Bagi Kesediaan Operasi Fasa Peralihan Fasiliti Sukan

  
  
  
11/19/2021 11:15 PM
  
11/19/2021 11:15 PM
  
11/19/2021 11:15 PM
  
11/19/2021 11:16 PM
  
11/19/2021 11:16 PM
  
11/19/2021 11:16 PM
  
11/19/2021 11:16 PM
  
11/19/2021 11:17 PM
  
11/19/2021 11:17 PM
  
11/19/2021 11:17 PM
  
11/19/2021 11:17 PM
  
11/19/2021 11:17 PM