|
Unit Pembangunan Diri Belia
- Merancang dan mengendali program dan aktiviti belia khusus bagi merangsang perkembangan dan pertumbuhan sikap positif, berdikari, berdaya usaha dan berdaya saing.
- Merancang dan mengendali latihan-latihan Kemahiran Insaniah (softskill) dan kemahiran-kemahiran yang releven dengan perkembangan belia.
- Merancang dan mengendali program-program kesukarelaan dan latihan-latihan perkembangan sukarelawan.
- Mendekati golongan belia di luar lingkungan melalui pelaksanaan program, projek atau aktiviti outreach.
Unit Perkembangan Pergerakan-Pergerakan Belia - MemantauMemantau perkembangan pergerakan-pergerakan belia (badan-badan bukan kerajaan, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan usahawan sosial).
- Merancang dan menyelaras sesi-sesi muzakarah dan perjumpaan di antara pihak Jabatan Belia dan Sukan dengan Pergerakan-Pergerakan Belia di seluruh negara.
- Merancang dan melaksanakan latihan-latihan pemerkasaan pergerakan-pergerakan belia.
- Memproses permohonan bantuan kewangan, peminjaman kemudahan-kemudahan prasarana dan fasiliti jabatan bagi pelaksanaan program, projek atau aktiviti yang akan dikendalikan oleh mana-mana pergerakan belia.
- Menyediakan dan mengemaskini pangkalan data (database) mengenai maklumat pergerakan-pergerakan belia diseluruh negara.
- Menyediakan rekod bantuan dan laporan bantuan persatuan.
- Memudahcara dan memberikan khidmat nasihat kepada pergerakan-pergerakan belia berkaitan dengan pelaksanaan projek, program dan aktiviti.
Memudahcara penyediaan dan peminjaman prasarana-prasarana belia.
Unit Program/Perhubungan Serantau dan Antarabangsa - Menjadi focal point kepada penyertaan program-program belia di peringkat serantau dan antarabangsa.
- Menyediakan calon-calon belia dan latihan bagi calon-calon belia ke program-program antarabangsa
- Memudahcara dan memberikan khidmat nasihat kepada alumni program-program antarabangsa di dalam pelaksanaan Post Programme Activity atau mana-mana aktiviti yang akan dilaksanakan oleh alumni program-program antarabangsa.
- Mengemaskini penyertaan Negara Brunei Darussalam ke program-program antarabangsa di dalam bidang kebeliaan.
Unit Pusat-Pusat Belia
- Memantau dan menyelia perkembangan dan penggunaan Pusat-Pusat Belia di seluruh negara.
- Merancang dan melaksana aktiviti-aktiviti di Pusat-Pusat Belia di seluruh negara.
- Memudahcara penggunaan prasarana-prasarana di bawah Pusat-Pusat Belia di seluruh negara.
|
Bahagian Belia Tingkat 3, Jabatan Belia dan Sukan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam
| ✉ Emel : youth.international@belia-sukan.gov.bn
|
|