Tujuan sukan negara ialah:
- Untuk menggalak dan mewujudkan peluang dan kemudahan mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua peringkat, termasuk antarabangsa;
- Untuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa; dan
- Untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui penyertaan dan sumbangan di kalangan belia dan sukan.