SKIM BOLASEPAK JABATAN BELIA DAN SUKAN

Skim Bolasepak Jabatan Belia dan Sukan anjuran Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan telah pun lama wujud lebih kurang 25 tahun yang lalu. Ianya adalah merupakan inisiatif jabatan bagi melahirkan pemain-pemain baru dan sebagai pendedahan awal sukan bolasepak kepada generasi muda seawal peringkat akar umbi.


TUJUAN DAN MATLAMAT

  • Untuk memberikan kefahaman asas khusus sukan bolasepak
  • Memberikan ilmu pengetahuan, bimbingan serta tunjuk ajar permainan bolasepak secara praktikal khususnya kepada kanak-kanak yang berumur 10-12 tahun
  • Secara tidak langsung, program ini bertujuan untuk mencungkil bakat kanak-kanak
  • Sebagai satu persediaan jangka masa panjang dalam perancangan dalam pembangunan sukan bolasepak di negara ini


MASA DAN TEMPAT

  • Setiap Hari Jumaat pada jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.
  • Padang B, Kompleks Sukan Berakas.

TARIKH PELANCARAN

  • Hari Jumaat, 27 Januari 2017, pada jam 7.30 pagi, bertempat di Padang Menglait A.


SYARAT- SYARAT PENYERTAAN

  • Dibukakan kepada kanak-kanak berumur diantara 10-12 tahun (lahir pada tahun 2005-2007)
  • Terbuka kepada penduduk tetap Negara Brunei Darussalam
  • Keramaian tidak dihadkan
  • Peserta dikehendaki membawa sekeping gambar ukuran saiz paspot

PENDAFTARAN
Pendaftaran adalah PERCUMA. Akan tetapi setiap kanak-kanak yang mendaftar adalah dikehendaki untuk membeli baju jersi latihan yang berharga $10 sahaja (mengikut ukuran saiz kanak-kanak)

Sila klik disini untuk mendapatkan Borang Pendaftaran Skim Bolasepak Jabatan Belia dan Sukan

 


PEMERIKSAAN KESIHATAN
Peserta dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan doktor kesihatan terlebih dahulu. Ibubapa juga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada jurulatih jika anak mereka mempunyai masalah kesihatan.

PERHATIAN :

  • Kanak-kanak adalah dinasihatkan untuk membawa air minuman dan pakaian selepas latihan.
  • Pengangkutan dari tempat tinggal ke tempat latihan tidak akan disediakan.
  • Ibubapa dinasihatkan untuk mengambil anak mereka tepat pada waktunya bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab dan terikat kepada sebarang tuntutan mengenai dengan sebarang kemalangan dan kecederaan yang menimpa ke atas mana-mana peserta ketika menyertai latihan skim ini.