Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PASUKAN TEMBURONG JUARA BERPASUKAN GASING

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Pasukan Daerah Temburong muncul juara sekali gus merangkul pingat emas dalam acara gasing berpasukan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) kali ke-4, yang diadakan di Kompleks Sukan Gasing, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

Pasukan juara berdepan cabaran hebat daripada Pasukan Daerah Brunei dan Muara yang terpaksa akur dengan pingat perak manakala Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) hanya berjaya meraih pingat gangsa.

Dalam acara perseorangan turut menyaksikan penguasaan peserta daripada Pasukan MS ABDB, Mohd Farhan bin Haji Dollah setelah berjaya menewaskan Haji Jama’ain bin Haji Rungging daripada Pasukan Daerah Temburong, diikuti oleh Sambrin bin Muslim daripada MS ABDB untuk menduduki di tempat ketiga.

Manakala, dalam acara beregu pula menyaksikan gandingan Awang Lit dan Mohd Sofian daripada Pasukan Daerah Brunei dan Muara berjaya meraih pingat emas setelah menewaskan gandingan Mohammad dan Misir daripada Pasukan Daerah Tutong.

Pingat gangsa pula dimenangi oleh gandingan daripada Kamalbin Haji Tujuh dan Muryamin bin Haji Tujoh daripada Pasukan Daerah Brunei dan Muara.

Dalam Kategori Gurau Perseorangan pula menyaksikan penguasaan peserta daripada Pasukan Daerah Brunei dan Muara iaitu Mohd Zain bin Haji Lamit setelah berhasil merangkul pingat emas disusuli oleh rakan sepasukannya Latif Nayan, diikuti oleh Abdul Rahim bin Bujang daripada Pasukan Daerah Tutong.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir gasing dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang adalah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung.

Sumber: Media Permata

Attachments
Created at 9/10/2018 9:10 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 9/10/2018 9:12 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar