Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

BOLING PADANG SKBD LABUH TIRAI

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept  – Sukan boling padang bagi kejohanan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) kali ke-4, tahun 2018 berakhir dengan menyaksikan majlis penyampaian pingat yang berlangsung di Pusat Boling Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), Berakas, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat sekaligus menyempurnakan majlis penyampaian pingat dan sijil kepada para pemenang ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong.

Pasukan Daerah Brunei dan Muara muncul juara bagi Kategori Mens Fours dan Kategori Mens Triples, manakala Pasukan Daerah Belait turut meraih pingat emas menerusi Kategori Women Fours dan Women Triples.

Sementara itu, Pasukan Daerah Temburong turut meraih pingat emas dalam tiga kategori iaitu Kategori Women Pairs, Men Single dan Women Single, malah Pasukan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei turut tidak ketinggalan meraih pingat emas tunggalnya dalam sukan itu menerusi Kategori Men Pairs.

Sumber: Media Permata

Attachments
Created at 9/10/2018 9:05 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 9/10/2018 9:14 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar