Sepak Takraw

Posted by admin

PERATURAN AM

  • Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang permainan gabungan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang berkuatkuasa ketika ini.
  • Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafrsiranya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
  • Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
    • Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2010.
    • Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-Undang dan Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam.
    • Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan Sepak Takraw PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009 adalah muktamad.

TEMPAT PERTANDINGAN

  • Dewan Kompleks Sukan Menglait.

PENYERTAAN

  • Semua Kementerian adalah dikehendaki untuk menghadapkan/menghantar borang penyertaan kepada pihak penganjur tidak lewat pada 08 Januari 2011 bersama yuran penyertaan kepada:

URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2010.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625/1630/1633
Fax: 2380869 atau 2380042

               

  • Penyertaan Kontinjen adalah seperti berikut:
    • Jabatan Perdana Menteri
    • Kementerian Pertahanan
    • Kementerian Kewangan
    • Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
    • Kementerian Pendidikan
    • Kementerian Kesihatan
    • Kementerian Pembangunan
    • Kementerian Perhubungan
    • Kementerian Perindustrian dan Sumber - Sumber Utama
    • Kementerian Hal Ehwal Ugama
    • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
    • Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
        
  • Setiap Kementerian yang mengambil bahagian hanya boleh mendaftarkan satu pasukan sahaja terdiri daripada:

                        BERPASUKAN

                        Pengurus Pasukan         -               1 Orang
                        Jurulatih                       -               1 Orang
                        Pemain                         -              12 Orang
                        Jumlah                       -               14 Orang

 

KELAYAKAN PESERTA

  • Had/Umur pemain adalah bebas.
  • Pengurus Pasukan dan jurulatih pasukan tidak dibenarkan untuk bermain.
  • Peserta hanya dibenarkan untuk bermain satu acara sahaja.

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

  • Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada satu hari sebelum pertandingan pertama dimulakan.
  • Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama akhir peserta semasa mesyuarat pengurus pasukan.
  • Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.  Sebarang permohonan pertukaran atau gantian peserta tidak dibenarkan.
  • Senarai pemain-pemain yang tidak melebihi daripada 12 orang hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola Sepak Takraw untuk pengesahan.
  • Taklimat Pengurus hanya akan dihadiri oleh Pengurus Pasukan yang berdaftar dan kehadiran jurulatih-jurulatih sebagai pemerhati sahaja.

 

ACARA-ACARA

  •       Antara Berpasukan (12 pemain)

 

SISTEM PERTANDINGAN

  • Antara PASUKAN
    • Pertandingan akan mengandungi tiga regu perlawanan, iaitu Regu 1, Regu 2 dan Regu 3 akan dijalankan dengan tertib menurut senarai pemain-pemain yang diserahkan oleh pasukan-pasukan kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum perlawanan bermula.
    • Mana-mana pasukan yang memenangi lawannya samada 3-0 mendapat 4 mata, dan jika dengan 2-1 mendapat 3 mata, manakala pasukan yang kalah tidak mendapat apa-apa mata (0 mata).
    • Sekiranya selesai semua perlawanan dalam satu kumpulan, kiraan mata diperolehi sama oleh dua pasukan sahaja, maka keputusan perlawanan Awal antara dua pasukan berkenaan akan diambil kira bagi menentukan kedudukan pemenang.
    • Jika kiraan mata diperolehi sama oleh tiga pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengan kaedah berikut:
      • Kiraan perbezaan SET daripada SET menang yang diperolehi oleh Pasukan berkenaan.
      • Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA (points) daripada jumlah angka-angka mata yang diperolehi Pasukan berkenaan.
    • Peringkat Separuh Akhir (tertakluk jumlah penyertaan)
      • Diperingkat separuh akhir yang akan dijalankan secara KALAH-MATI.
      • Perlawanan separuh akhir ditentukan JOHAN kumpulan I berlawanan dengan NAIB JOHAN kumpulan II dan Johan Kumpulan II berlawanan dengan Naib Johan Kumpulan I.
      • Mana-mana pasukan yang menang dengan dua REGU berturutan, maka perlawanan bagi REGU III tidak akan diadakan/dimainkan lagi.
      • Pasukan-Pasukan yang menang perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan  Akhir, Pasukan yang kalah akan diumumkan sebagai pemenang bersama di tempat KETIGA.
    • Sebelum sesuatau perlawanan dimulakan, pengurus hendaklah menyerahkan senarai atau barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan kepada pengadil Rasmi Bertugas dengan mengunakan borang yang disediakan.
    • Setiap pasukan hendaklah berkesanggupan bertanding lebih daripada satu perlawanan pada sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 30 minit akan diberikan antara perlawanan berkenaan.
    • Pembahagian Jadual Perlawanan adalah tertakluk kepada budibicara dan keputusan Jawatankuasa Pengelola Sepak Takraw PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.

 

MENARIK DIRI

  • Pasukan yang lewat 15 minit daripada masa yang dijadulkan akan dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding.
  • Menarik diri (walk-over) sama sekali tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku pasukan yang menarik diri itu tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.
  • Keputusan-keputusan pertandingan terdahulu yang melibatkan Pasukan yang menarik diri (sistem KUMPULAN) tidak diambil kira.

 

TATATERTIB DAN PENGANTUNGAN

  • Semua Pengurus/Jurulatih dan pemain-pemain berdaftar dikehendaki menyertainya dengan penuh semangat kesukanan dan muhibbah, disamping menghormati dan mematuhi segala Undang-Undang dan Peraturan yang ditentukan.
  • Mana-mana pemain yang telah diberi amaran dengan 2 kali kad kuning oleh pengadil bertugas dengan sendirinya digantung satu perlawanan berikutnya.
  • Mana-mana pemain yang menerima KAD MERAH daripada pengadil bertugas yang diarah keluar gelanggang dan tindakan tatatertib akan diambil keatasnya. Pemain berkenaan tidak dibenarkan bermain dalam pertandingan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) mengambil keputusan.

 

BANTAHAN/RAYUAN

  • Semua bantahan/rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh Pengurus Pasukan yang berdaftar sahaja kepada Juri Rayuana tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat perlawanan berkaitan.
  • Tiap-tiap bantahan/rayuan hendaklah disertakan dengan wang sebanyak BND$200.00 sahaja sebagai cengkeram.
  • Wang cengkeram ini akan luput jika bantahan/rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

 

JURI RAYUAN

  • Juri Rayuan akan dianggotai oleh:
    • Seorang Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sepak Takraw atau wakilnya.
    • Seorang setiausaha Jawatankuasa Pengelola Sepak Takraw atau wakilnya.
    • 3 orang ahli wakil persatuan Sepak Takraw, pegawai Penganjuran atau wakilnya dan 3 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/rayuan.
    • Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 2 jam setelah menerima bantahan rayuan yang dibuat oleh pasukan-pasukan dan menyampakian keputusan kepada Jawatankuasa Pengelola untuk diumumkan.
    • Mesyuarat Juri Rayuan (jika ada) hendaklah dijemput Pengurus-Pengurus Pasukan yang terlibat dengan bantahan/rayuan bagi mendapat penerangan daripada meraka dengan bertujuan membela diri.
    • Sebarang keputusan yang telah di umumkan oleh Jawatankuasa Pengelola mengenai bantaha/rayuan ini adalal muktamad.

 

HADIAH-HADIAH

  • Hadiah Pingat-Pingat akan disediakan/diberikan seperti berikut:

                                                         Emas       Perak    Gangsa
                  BERPASUKAN                    1 (14)     1(14)      2 (28)     dan Sijil