Tarik Kalat

FORMAT PERTANDINGAN

  • Semua peraturan dan format pertandingan Pesta Sukan Kebangsaan Ke – IX akan disediakan oleh Jawatankuasa pengelola dengan berpandukan undang – undang perlawanan dan format pertandingan pada lazimnya digunakan oleh Persatuan – Persatuan Sukan. (Tarik Kalat Tradisi)

  • Perlawanan akan dijalankan secara system kalah mati, system pukul keliling tertakluk kepada penyertaan.

  • Undian akan dijalankan oleh pihak penganjur semasa sesi taklimat

  • Penimbangan berat beadan akan dijalankan sekurang - kurangnya 3 jam sebelum perlawanan peringkat awal bermula (tertaluk kepada keadaan)

  • Perlawanan dijalankan secara berdiri atau duduk.

  • Tidak dibenarkan memakai kasut, sarung tangan atau sebarang objek/barang yang berat pada tubuh badan yang boleh mendatangkan kecederaan.

  • Apabila pengadil mengarahkan peserta untuk memegang kalat. Peserta mestilah memegang dalam keadaan bersedia untuk menarik sehingga pengadil memberikan isyarat dengan meniup wisel menandakan bermula perlawanan.

  • Semasa perlawanan berjalan peserta tidak dibenarkan memindah kalat kekira atau kekanan melimpasi gelanggang. Jika ini berlaku pengadil disisi akan mengarahkan mereka masuk semula kegelanggan dengan memberi kiraan sebanyak 3 kali dan amaran 1 kali akan di berikan oleh pengadil tengah (Ketua Pengadil).

  • Sekiranya sesebuah pasukan itu telah diberikan 3 kali amaran pengadil berhak memberikan kemenangan kepada pasukan lawannya dan memberikan 1.5 mata kepada pasukan berkenaan.

  • Hanya seorang jurulatih(pengarah) sahaja yang dibenarkan untuk memberikan arahan kepada pasukannya tanpa menyentuh kalat atau badan peserta semasa perlawanan.

  • Jurulatih(pengarah) atau wakilnya dimestikan membuat pemeriksaan terhadap peserta pasukan lawan masing – masing sebelum perlawanan dijalankan bagi memastikan pihak lawan menurunkan peserta yang sah. Penganjur tidak akan melayan sekiranya terdapat masalah timbul selepas perlawanan.

  • Semua perlawanan di peringkat saringan/ kelayakan, separuh ahir dan peringkat akhir hanya diberikan masa selama 3 minit. Pengadil akan memaklumkan setiap 1 minit masa berlalu dan akan mengumumkan kiraan ‘countdown’ masa selama 10 saat sebelum masa berakhir dan pengadil akan meniup wisel menandakan tamatnya perlawanan.

  • Pasukan hanya dibenarkan membuat pertukaran seramai 2 orang sahaja dengan terlebih dahulu memaklumkan kepada pengadil yang bertugas.

  • Hanya 2 orang simpanan dan pengurus pasukan sahaja dibenarkan berada di satu tempat khas yan disediakan oleh pihak penganjur dan pengurus pasukan tidak dibenarkan sama sekali untuk memberi arahan kepada pasukan mereka semasa perlawanan berjalan.

  • Kemenangan dengan kiraan mata/ markah akan diberikan kepada pasukan yang hanya dapat menarik pasukan lawan setelah tempoh masa 3 minit berakhir perlawanan ditamatkan.

MATA / POINTS

Keterangan Mata / Point
Pasukan yang dapat menewaskan pasukan lawan dalam masa kurang 1 minit, dengan menarik pasukan lawan sejauh lebih 7 kaki warna oren melimpasi pancang tengah (pancang tengah berada di warna putih) Bonus
3 mata
Pasukan yang dapat menarik lawan selepas 1 minit, atau masa perlawanan berakhir sejauh lebih 7 kaki warna oren melimpasi pancang tengah (pancang tengah berada di warna putih) 2.5 mata
Pasukan yang dapat menarik pasukan lawan sehingga masa perlawanan berakhir hanya sejauh 5 kaki hingga 7 kaki warnba kelabu (grey) melimpasi pancang tengah (pancang tengah berada di warna oren) 2.0 mata
Pasukan yang dapat menarik lawan sehingga masa perlawanan berakhir hanya sejauh 3 kaki hingga 5 kaki warna kuning melimpasi pancang tengah (pancang tengah berada di warna kelabu/grey) 1.5 mata
Pasukan yang dapat menarik pasukan lawan sehingga masa perlawanan berakhir hanya sejauh 1 kaki hingga 3 kaki warna biru melimpasi pancang tengah (pancang tengah berada di warna kuning) 1.0 mata
Pasukan yang dapat menarik pasukan lawan sehingga masa perlawanan berakhir hanya beberapa inci hingga 8 inci warna merah melimpasi pancang tengah (pancang tengah di warna biru). 0.5 mata
Pasukan yang dapat menarik pasukan lawan sehingga masa perlawanan berakhir hanya beberapa inci hingga 4 inci warna merah melimpasi pancang tengah (pancang tengah di warna putih). 0.25 mata
Tiada sebarang mata/markah diberikan kepada kedua-dua pasukan jika tidak ada pasukan yang dapat menarik pasukan lawan sehinga masa perlawanan berakhir warna merah masih berada di pancang tengah. 0 mata
Pasukan yang menang tanpa bertanding disebabkan oleh pasukan lawannya yang tidak dapat menghadirikan diri maka pasukan itu diberikan Kemenangan Percuma Tanpa Bertanding. 1.5 mata
Semua peserta tidak dibenarkan melepaskan kalat sebelum tarikan ditamatkan.

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
Acara – acara Sukan Tarik Kalat hanya akan dipertandingkan berdasarkan kepada syarat – syarat:
Pertandingan adibahagikan kepada 2 kategori A dan B

  • Kategori A : berat badan peseorangan (Individu) tidak melebihi 70Kg 10 penarik, 2 simpanan

  • Kategori B : berat badan terkumpul 1 Pasukan tidak melebihi 1,100kg. 10 orang penarik, 2 simpanan

  • Minima penyertaan ialah 3 pasukan

  • Mana – mana pasukan yang kurang daripada 9 orang peserta adalah dikira kalah, pasukan