PERATURAN AM
Selain daripada peraturan – peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Permainan Futsal , Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).
Semua kejadian luar dugaan akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN KEBANGSAAN KE-IX, 2010.
Undang-undang tempatan (Local Rule) yang disediakan oleh pihak Penganjur dan Peraturan permainan Futsal tahun 2008 (Futsal Laws of the Game 2008).
Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN KEBANGSAAN KE-IX, 2010.
Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada undang-undang Permainan FUTSAL FIFA, Persekutuan Bola sepak Negara Brunei Darussalam (FFBD) dan Jawatankuasa Teknikal Kejohanan FUTSAL Pesta SUKAN KEBANGSAAN KE-IX, 2010 dan pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan/perubahan mengenai dengan peraturan-peraturan dan syarat-syarat kejohanan/perlawanan pada bila-bila masa sahaja jika ianya difikirkan perlu.
Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan FUTSAL PESTA SUKAN KEBANGSAAN KE-IX, 2010 adalah muktamad.
NAMA KEJOHANAN
2.1 Kejohanan ‘ FUTSAL PESTA SUKAN KEBANGSAAN KE-IX, 2010 ‘.
ANJURAN
Kejohanan ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Persekutuan Bola sepak Negara Brunei Darussalam (FFBD).
TARIKH PERTANDINGAN
Pada ; 21 Jun hingga 02 Julai 2010.
(Tertakluk kepada semua pasukan yang menyertainya)
TEMPAT PERTANDINGAN
Stadium Tertutup,
Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Negara Brunei Darussalam.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PASUKAN
Acara ini dipertandingkan secara berkontinjen yang dijemput dan Pasukan jemputan
menyertai PSK Kali Ke-IX, 2010.
Senarai Kontinjen (Tempatan)
- Daerah Brunei dan Muara
- Daerah Belait
- Daerah Tutong
- Daerah Temburong
- Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB)
- Majlis Sukan Polis Diraja Brunei
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS)
- Pusat Pengajian Tinggi (UBD, UNISSA dan ITB)
- Syarikat Brunei Minyak Shell Snd. Bhd.
- Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RBA)
- Persatuan Bank-Bank Brunei
Senarai Kontinjen (Jemputan Pasukan Luar)
- Wilayah Perseketuan Labuan
- Miri
- Limbang.
Setiap Kontinjen / Pasukan hanya dibenarkan mendaftar Satu (1) pasukan LELAKI sahaja adalah seperti berikut :-
Pengurus Pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Pegawai Teknikal (Kit Man/Medical) - 1 orang
Pemain - 12 orang
Jumlah - 15 orang
Tiada had umur yang dibenarkan untuk mengikuti kejohanan ini, tertakluk kepada Peraturan Pertandingan
Mana-mana pasukan yang telah memenuhi bilangan pendaftaran pemain tidak dibenarkan menukar atau membuat pendaftaran baru. Pasukan tidak dibenarkan menambah bilngan pemain atau menukar nama-nama pemain setelah tamatnya mesyuarat pengurus-pengurus pasukan adalah muktamad.
Seorang pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja disepanjang kejohanan ini dijalankan sehingga tamat kejohanan.
Pemain yang telah didaftarkan dengan mana-mana pasukan TIDAK DIBENARKAN diganti dengan pemain yang lain.
Jika terdapat mana-mana pemain yang didaftarkan lebih dari satu pasukan, maka pemain terlibat akan dibatalkan pendaftrannya dan ditegah daripada menyertai kejohanan ini.
Selepas sahaja tamat mesyuarat pengurus-pengurus pasukan diadakan senarai nama pegawai pasukan atau pemain-pemain tidak boleh lagi ditambah [ didaftarkan ] atau ditukar ganti dengan nama pemain lain walaupun senarai nama pemain atau pegawai pasukan masih lagi ada kouta [ tidak lengkap nama pegawai pasukan atau pemain pasukan ].
Penyertaan adalah PERCUMA.
6.9 Segala Syarat-Syarat Penyertaan yang tidak termasuk dalam Peraturan Am Pertandingan ini akan dirujuk kepada Peraturan Am Kejohanan Pesta SUKAN KEBANGSAAN KE-IX, 2010 yang dikeluarkan oleh pihak Penganjur.
Mana-mana perkara yang berbangkit dan tidak terkandung didalam syarat-syarat ini akan dirujuk kepada Jawatamkuasa Penganjur Pesta SUKAN KEBANGSAAN KE-IX, 2010 dan sebarang keputusan dan ketetapan mengenainta adalah MUKTAMAD.
Setiap penyertaan hendaklah mengisi Borang Pendaftaran / Penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur, mestilah lengkap hendaklah dikembelikan kepada pihak penganjur tidak lewat pada ;
Tarikh / Hari : 26 Mei 2010 / Rabu.
Jam : 4.00 petang.
Tempat :
Kepada Urusetia Pesta Sukan Kebangsaan Kali Ke-IX, 2010 Jabatan Belia dan Sukan, Tingkat 6, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat. ( Entry Form by Name )
Tel. :
2382911, 2381903, 2381904 dan 2381905.
Fax.No : 2380869.
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada ;-
Tarikh / Hari : 19 Jun 2010 / Sabtu
(Tertakluk kepada semua pasukan yang menyertainya).
Jam : 03.00 petang.
Tempat : Bilik Persidangan,
Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Negara Brunei Darussalam
Semasa mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan diadakan, setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set jersi perlawanan (baju, seluar dan stoking) yang berlainan warna termasuk jersi warna penjaga gol.
Senarai akhir nama pemain - pemain dan pegawai pasukan yang disahkan semasa mesyuarat Pengurus-pengurus pasukan adalah Muktamad.
UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Undang-undang permainan mengikut undang-undang terkini yang berkuatkuasa, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Lembaga Persekutuan Bola sepak Antarabangsa dan diterbitkan oleh FIFA.
FORMAT PERLAWANAN
Perlawanan akan dijalankan secara liga satu kumpulan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan (Tertakluk kepada bilingan penyertaan pasukan yang ikut serta).
Sistem mata kemenangan bagi acara liga adalah seperti berikut ;-
MENANG - 3 MATA
SERI - 1 MATA
KALAH - 0 MATA
WALKOVER - 0 MATA
(Pasukan yang hadir diberikan mata kemenangan 3 mata dan 2 jaringan gol).
Sekiranya terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang terikat dengan jumlah mata yang sama atau seri, maka penentuan pasukan yang teratas dan yang kedua dikumpulan tersebut akan ditentukan mengikut susunan hiraki seperti berikut :-
- Pasukan yang mempunyai jaringan gol yang terbanyak
- Jika masih seri, pasukan yang mempunyai perbezaan gol.
- Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah kemenangan yang banyak.
- Jika masih seri, pasukan yang menang dalam perlawanan dengan pihak lawannya.
- Jika masih seri, maka Jawatankuasa Teknikal kejohanan FUTSAL Pesta SUKAN KEBANGSAAN KE-IX, 2010 akan menentukannya atau cara lain yang difikirkan sesuai untuk membuat keputusan.