PROGRAM BELIA CINTA TANAH AIR KALI KE-12, TAHUN 2017

Semangat cintakan negara amat dituntut oleh ugama Islam. Belia diseru untuk taat kepada Allah, setia kepada raja dan cinta kepada negara.  Belia juga diminta untuk menghargai dan mengamalkan sikap pemedulian dan memberikan khidmat bakti kepada orang lain dalam kehidupan bermasyarakat. Perkara ini jelas di gariskan dalam Dasar Belia Negara dan harus diambil perhatian oleh belia itu sendiri.


Program Belia Cinta Tanah Air
telah pun 11 tahun berjalan dengan jayanya dengan tujuan utama untuk meningkatkan nilai-nilai hidup beragama, berbangsa dan bernegara dikalangan belia serta menyemarakkan lagi semangat kenegaraan (patriotik) para belia semasa Sambutan Hari Ulang Tahun Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Program ini juga telah melahirkan belia berpotensi melalui penghargaan peserta terbaik di akhir program yang mana belia-belia tersebut akan dilibatkan bagi mengikuti program Jabatan sama ada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa, tertakhluk kepada kriteria program. Ke arah meneruskan lagi pembangunan belia yang mampan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan akan meneruskan lagi pengendalian Program Belia Cinta Tanah Air kali ke-12 bagi tahun 2017.


Program ini juga diteruskan
dengan harapan lebih ramai lagi belia yang berjiwa patriotik, cinta kepada negara, berwawasan, menghargai keperibadian bangsa. Selain daripada itu, diharap program ini dapat dijadikan satu satu mekanisme dalam membimbing para belia untuk  melaksanakan kegiatan-kegiatan yang bersifat kenegaraan dan kemasyarakatan dengan harapan dapat memberi impak patriotik yang sangat kuat dan sekaligus meningkatkan lagi semangat patriotik dikalangan belia serta membangun keluhuran jasmani dan rohani supaya menjadi lebih tabah serta berfikiran terbuka dalam menghadapi apa jua cabaran ke arah melahirkan generasi belia berwawasan.

BORANG PENYERTAAN
Sila klik untuk mendapatkan Borang Penyertaan Program Belia Cinta Tanah Air Kaki Ke-12, Tahun 2017

Tarikh tutup menghantar borang ialah pada Hari Selasa, 17 Januari 2016 jam 4.00 petang di Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah yang berhampiran.