Pengenalan

Negara Brunei Darussalam telah dipelawa bagi mengikuti Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Ke-43 pada tahun 2016, bermula dari 25 Oktober hiingga 15 Disember, 2016 [51 hari]. Rancangan ini adalah merupakan program pertukaran belia antarabangsa khusus bagi negara-negara ASEAN dan Jepun dengan singgah ke beberapa negara berkenaan. Rancangan ini bermula sejak tahun 1974 yang dikelolakan dan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun dengan kerjasama negara-negara ASEAN. Penyertaan Negara Brunei Darussalam tahun ini merupakan kali ke-31 sejak penyertaan pertama negara pada tahun 1984.

 

Rancangan pada tahun ini akan bermula di Negara Jepun dan akan singgah ke Negara-Negara ASEAN seperti Vietnam [Ho Chi Minh City], Thailand [Bangkok], Singapore, Indonesia [Jakarta] dan akan berakhir di Tokyo, Jepun. Perwakilan [Ketua Belia] juga berkesempatan melawat Negara Cambodia semasa program berada di Negara Thailand dengan menggunakan penerbangan. Rancangan pada tahun ini akan menggunakan Kapal persiaran mewah negara Jepun “Nippon Maru”.

 

Antara lain tujuan rancangan ini ialah bagi melahirkan kesefahaman dan kerjasama antarbangsa dikalangan belia-belia ASEAN dan Jepun untuk mengenali dan mempelajari berbagai kegiatan dalam semua aspek, cara hidup, sosial, adat budaya, politik dan pembangunan ekonomi sesebuah negara yang di kunjungi.

Objektif Program

1

2

Adalah bertujuan mengukuhkan persahabatan dan memupuk persefahaman diantara generasi muda terutama golongan belia serantau dan Jepun kearah kerjasama disemua bidang di masa akan dating.

bertukar-tukar pendapat dan pandangan disamping memperkenalkan budaya masing-masing serta mengenali semangat serta menghormati persamaan dan perbezaan masing-masing. Ini amat penting kepada bakal pemimpin.

43rd SSEAYP 2016

RANCANGAN KAPAL BELIA ASIA TENGGARA & JEPUN

THE SHIP FOR SOUTHEAST ASIAN & JAPANESE YOUTH PROGRAMME

25 OCTOBER – 15 DECEMBER 2016

Syarat-Syarat Penyertan

1

permohonan dibukakan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang memegang Passport International Certficate of Identification Brunei Darussalam sahaja.

2

Berumur antara 18 hingga 30 tahun, pada 1 April 2016 dan masih bujang.

3

Boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

4

Mempunyai ketrampilan yang menarik [ perwatakan dan budi bahasa yang baik].

5

Permohonan hendaklah sekurang-kurangnya memperolehi kelulusan peperiksaan G.C.E ‘O’ Level akan tetapi keutamaan akan diberikan pemohon yang mempunyai kelulusan lebih tinggi, penuntut sekolah adalah tidak diterima.

6

Mempunyai pengetahuan dalam kegiatan belia serta bergiat aktif dan berbakat serta boleh memainkan alat-alat muzik, minat dalam bidang tarian, nyanyian dan lain-lain adalah satu kelebihan.

7

Pemohon dimestikan menyediakan satu rakaman video pendek mengenai dengan pengenalan diri pemohon serta menunjukkan kebolehan seperti bakat dan kemahiran diri pemohon, ini adalah satu kelebihan (rakaman tidak kurang daripada 5 minit dengan menggunakan VCD/Pen drive)

8

Pemohon juga dikehendaki menyediakan satu buku profil [Profile Book] mengenai latar belakang peserta seperti biodata, gambar kegiatan dan aktiviti pemohon dalam 3 ke 4 muka surat mengikuti citarasa pemohon [size bebas].

9

Pemohon akan menjalani beberapa proses pemilihan diantaranya Ujian Bertulis, temuduga, Kem pemilihan [berasrama] dan menjalani Latihan Persiapan [Pre-Depature Training “PDT”]

10

Pemohon hendaklah juga lulus menjalani beberapa tapisan-tapisan keselamatan daripada beberapa agensi yang berkaitan dengannya di Negara ini, seperti Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Kementerian Kesihatan serta Jabatan Ha Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

11

Pemohon yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, mestilah mendapatan kebenaran daripada Ketua Jabatan atau Ketua Majikan masing-masing dengan mengisikan borang yang telah disediakan serta menyertakan surat/memo sokongan dari Ketua Jabatan/Majikan masing-masing.

12

Borang-borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan tidak lewat dari hari Sabtu, 30 April 2016 jam 4.00 petang Waktu Pejabat ke alamat:-

Muat Turun Borang Penyertaan

Klik di sini

Jadual Pelayaran

Explore

Dream

Discover

Hubungi Kami

Submitting Form...

The server encountered an error.

Form received.