Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Larian Hari Kebangsaan Ke 36, Tahun 2020

​Larian Hari Kebangsaan dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36, 2020.

Tujuan

  • Larian Hari Kebangsaan bertujuan untuk memperingati Sambutan Hari Kebangsaan yang Ke-36, 2020.
  • Menggalakkan masyarakat Brunei bagi mengamalkan cara hidup yang sihat dengan melibatkan diri dengan kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.
  • Memupuk perpaduan persefahaman dan kerjasama dikalangan lapisan masyarakat demi pembangunan dan kemajuan sukan di negara ini.
Tarikh
Acara larian ini akan diadakan pada hari Ahad 29 Mac 2020.

Tetamu Kehormat
Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan

Ketegori Larian

Daerah Brunei Muara Sahaja

1. Terbuka Lelaki 
    - Jarak 10KM | 5 Pemenang | Cut off Time : 1 Jam 30 minit

2. Terbuka Wanita 
     -
 Jarak 10KM | 5 Pemenang | Cut off Time : 1 Jam 30 minit

3. Veteran Lelaki 45 tahun keatas (Lahir tahun 1975 kebawah)
    - Jarak 10KM | 5 Pemenang | Cut off Time : 1 Jam 30 minit

4. Veteran Wanita 45 tahun keatas (Lahir tahun 1975 kebawah)
    - Jarak 10KM | 5 Pemenang | Cut off Time : 1 Jam 30 minit

5. Remaja Lelaki 16 Tahun kebawah (lahir tahun 2004 ke atas)
    - Jarak 10KM | 5 Pemenang  | Cut off Time : 1 Jam 30 minit

6. Remaja Perempuan 16 Tahun kebawah (lahir tahun 2004 ke atas)
    - Jarak 10KM | 5 Pemenang  | Cut off Time : 1 Jam 30 minit
7. Fun Run
    - Jarak 4KM


Pendaftaran/Pembayaran dan Pengambilan Baju

Pendaftaran akan dibuka secara:

  • Borang Larian Hari Kebangsaan 2020 boleh didapati disini, kompleks-kompleks sukan dan di Jabatan Belia dan Sukan di setiap daerah-daerah.
  • Pembayaran pendaftaran bolehlah dihantar tidak lewat 07 Mac 2020 dan untuk keterangan lanjut sila hubungi:
  • Urusetia Larian, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas – No.  Tel. : 2382911 / 2381903 / 2381905 / 2381914 smb. 1616/1632
  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait - No. Tel. : 3340958
  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong - No. Tel. : 4260118
  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong - No. Tel. : 5221718

Tarikh pendaftaran dan pembayaran

Secara Borang 
- Pendaftaran Pembayaran : 15 Februari hingga 7 Mac 2020
- Jam : 9.00 pagi - 11.30 pagi dan 2.00 petang - 3.30 petang

Tarikh pengambilan baju dan nombor BIB 

baju larian 36.PNG

Tarikh : 25 dan 26 Mac 2020

Tempat :
Daerah Brunei Muara : Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Daerah Belait : Kompleks Sukan Mumong 
Daerah Tutong : Kompleks Sukan Tutong
Daerah Temburong : Kompleks Sukan Temburong

Jam : 9.00 pagi hingga 3.00 petang

Bagi peserta yang tidak mengambil baju larian mereka dalam masa sebulan selepas acara diadakan akan menjadi hak milik penganjur.


Syarat - Syarat Penyertaan
  • Terbuka kepada semua rakyat dan penduduk tetap di Negara Brunei Darussalam serta warganegara asing yang memegang Kad Pintar (Kad pengenalan) berwarna Ungu dan Hijau yang bekerja dan bermastautin di Negara ini.

  • Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori sahaja.

  • Yuran penyertaan adalah BND 15.00 setiap seorang

  • Peserta bawah umur 17 Tahun hendaklah mendapat kebenaran daripada Ibubapa/ Penjaga.
 
Peraturan Am
  • Semua peserta yang mengikuti kategori terbuka, veteran dan remaja dikehendaki memakai nombor ‘Bib’ yang disediakan oleh pihak Penganjur.

  • Perkara - perkara berbangkit yang tidak terkandung dalam syarat dan peraturan larian ini akan dirujuk kepada pihak Penganjur, dan segala keputusan yang dibuat adalah sah dan muktamad.

  • Sebarang perubahan hendaklah dibuat semasa tarikh pendaftaran dibukakan kepada pihak urusetia. Jika ada perubahan selepas nya tidak akan diterima.

  • Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai BND$200.00 dengan mengisikan borang yang disediakan sebelum pemenang diumumkan.
  • Pihak penganjur dan ahli-ahli yang dilantik tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan terikat dengan mana-mana tuntutan sekiranya terjadi sebarang kemalangan atau kecederaan yang terjadi kepada peserta sebelum, semasa dan selepas larian.

  • Pihak Penganjur berhak mengubahsuai atau menukar mana-mana peraturan dan acara ini dari semasa ke semasa.

  • Semasa acara berlangsung dinasihatkan kepada peserta agar akan dapat mengenakan pakaian sukan yang bersesuaian.

  • Sebarang perubahan dan maklumat terkini akan dimaklumkan di laman web rasmi Jabatan Belia dan Sukan.  Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan di talian 2381905 smb. 1616/1632.
Attachments
Created at 2/15/2020 9:56 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/3/2020 9:15 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli