Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS MALAM GALA SEMPENA PENUTUP ACF KE-5

ACF08.08.18-Pmk SUT speech.JPG

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Ak Zainorisnan Pg Othman - JAPEM, KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Ogos 2018 - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Malam Gala sempena Penutup Forum Kanak-kanak ASEAN (ACF) Ke-5 yang berlangsung di Serambi Suluh, Tarindak D'Seni, di ibu negara.

ACF08.08.18-GoH with royalty.JPG

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria selaku wakil Kebajikan Sosial dan Pembangunan Sosial (SOMSWD) Negara Brunei Darussalam dan Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir.

Sejurus keberangkatan tiba, DYTM dan YTM dijunjung menyertai sesi bergambar ramai bersama delegasi, disusuli dengan menandatangani lembaran kenangan oleh DYTM dan YTM, dan seterusnya berkenan menyaksikan persembahan kebudayaan bertajuk Senandung Budaya daripada KKBS dengan kerjasama Yippie Music School.

Dalam sembah alu-aluannya Pemangku Setiausaha Tetap KKBS antara lain menjelaskan ACF Ke-5 dengan tema Anak-Anak Kita, Masa Depan Kita, ASEAN Kita, telah membincangkan empat isu utama iaitu keamanan; keselamatan (siber dan jenayah di bawah umur); menghormati semua golongan; penjagaan alam sekitar dan gaya hidup sihat.

ACF08.08.18-royalty.JPG

Sembah beliau lagi, selama tiga hari forum tersebut diadakan, para delegasi telah berkongsi pengalaman dalam isu-isu yang berkaitan dan mengenal pasti punca-punca utama serta inisiatif nasional yang telah dilakukan di negara masing-masing.

Para delegasi juga tambahnya, telah membuat beberapa cadangan yang mengandungi satu set pelan tindakan yang boleh dibawa ke hadapan oleh setiap negara di peringkat individu, institusi dan komuniti.

ACF08.08.18-stage performance.1.JPG

ACF08.08.18-stage performance.2.JPG

Acara kemudian diteruskan dengan sembah rumusan dari perwakilan delegasi kanak-kanak yang telah disampaikan oleh Nurul Farah Nabila binti Kamarudin dari Malaysia, diikuti dengan sembah tayangan video yang menayangkan aktiviti-aktiviti para delegasi sepanjang forum dijalankan.

Persembahan budaya daripada para delegasi setiap negara anggota ASEAN turut memeriahkan dan mewarnai lagi majlis tersebut.

DYTM dan YTM seterusnya berkenan menerima pesambah yang berupa lukisan hasil daripada delegasi kanak-kanak dan setiap negara-negara anggota ASEAN.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM dan YTM berkenan menerima junjung ziarah daripada delegasi yang menyertai forum tersebut.

ACF08.08.18-stage performance.3.JPG

ACF08.08.18-with participant.1.JPG

ACF08.08.18-group photo.JPG

Attachments
Created at 8/9/2018 4:27 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/9/2018 4:41 PM by Lee Chin Foo