Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MESYUARAT PERSEDIAAN SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN KE-34

DSC_2256.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 November 2017 - Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018, adalah sebagai mesyuarat susulan bagi membincangkan persediaan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018 dan memutuskan perkara-perkara yang memerlukan pertimbangan serta ketetapan ke arah kesempurnaan sambutan berkenaan. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berucap demikian semasa mempengerusikan mesyuarat di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Menurut Siaran Akhbar KKBS, Yang Berhormat juga memberi kepercayaan dan keyakinan kepada semua ahli dengan percambahan fikiran, pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan di dalam pengendalian acara seumpama ini di tahun-tahun yang sudah akan dapat lagi memperkasakan persediaan dalam menyambut Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018 nanti. Menurutnya, hanya tinggal 85 hari sahaja lagi negara akan merayakan sambutan tersebut tahun hadapan. Justeru itu, tanggungjawab dan peranan semua ahli untuk terus berganding bahu serta bekerjasama tegasnya, adalah amat penting bagi memastikan sambutan tersebut nanti dapat berjalan dengan lancar, teratur juga sempurna seperti yang dirancang dan dihasratkan. Agenda mesyuarat adalah membincangkan mengenai tema dan logo sambutan, Upacara Perhimpunan Agung termasuk konsep persembahan, Majlis Doa Kesyukuran, Upacara Menaikkan dan Menurunkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam termasuk Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja juga Program Semarak Pengibaran Bendera serta membincangkan perisian buku program sambutan tersebut. Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi sambutan itu turut diselajurkan dengan sesi bergambar ramai bersama semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018. Berangkat dan hadir sama ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar; Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ahli-ahli dan wakil ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangssan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018.

Attachments
Created at 12/4/2017 4:27 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/4/2017 4:27 PM by Lee Chin Foo