Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

29.01.2024 | Penyertaan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1445H/2024M Peringkat Saringan Kini Di Buka

WhatsApp Image 2024-02-06 at 4.00.09 PM.jpeg

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Rejab 1445H/29 Januari 2024M. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan akan menganjurkan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1445H/2024M Peringkat Saringan pada 8 hingga 11 Mei 2024.

Penyertaan musabaqah terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap yang memegang kad pintar berwarna ungu serta tidak memegang paspot negara-negara asing dan hendaklah berumur di antara 15 hingga 30 tahun yang lahir di antara 1 Januari 1994 hingga 31 Disember 2009 serta tidak pernah menjadi johan pertandingan-pertandingan seperti Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Kerajaan Malaysia atau Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Separuh Akhir akan diadakan pada 19 Mei 2024 dan Peringkat Akhir pada 6 Jun 2024.

Pendaftaran boleh diisi secara online (Google Form) di http://tiny.cc/mtqbk.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Khamis, 29 Februari 2024.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi urus setia musabaqah di talian 2381903/4/5 sambungan 1301/1304 atau 7160016 dan melalui e-mel belia.jbs@belia-sukan.gov.bn.

Attachments
Created at 2/6/2024 4:26 PM by Hjh Noraini Binti Hj Samat
Last modified at 2/6/2024 4:26 PM by Hjh Noraini Binti Hj Samat