Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19.01.2024 | Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid Bagi Tahun 1445h/2024m Bersempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023

WhatsApp Image 2024-01-25 at 3.23.55 PM.jpeg

WhatsApp Image 2024-01-25 at 3.23.59 PM.jpeg 

WhatsApp Image 2024-01-25 at 3.23.59 PM (1).jpeg 

WhatsApp Image 2024-01-25 at 3.24.00 PM.jpeg 

WhatsApp Image 2024-01-25 at 3.24.00 PM (1).jpeg 

WhatsApp Image 2024-01-25 at 3.24.01 PM.jpeg 

WhatsApp Image 2024-01-25 at 3.24.01 PM (1).jpeg 

WhatsApp Image 2024-01-25 at 3.24.01 PM (2).jpeg 

WhatsApp Image 2024-01-25 at 3.24.02 PM.jpeg 

WhatsApp Image 2024-01-25 at 3.24.02 PM (1).jpeg 

TUTONG, Jumaat, 7 Rejab 1445H/19 Januari 2024M. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengungkayahkan Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid Bagi Tahun 1445H/2024M Bersempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023 bertempat di Masjid Kampong Keriam, Daerah Tutong. Hadir ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir sama ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) KKBS; Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS; Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Md Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama; serta Pegawai-Pegawai Kanan KKBS. Program diisikan dengan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Imam Awang Mohd Fauzi bin Haji Anuar, Pegawai Hal Ehwal Masjid dan diikuti dengan Tazkirah Subuh bertajuk “Andai Semua Orang Melakukannya” disampaikan oleh Yang Mulia Awang Abd Hadi bin Abd Rahman, Ketua Imam Masjid Kampong Danau. Wira Fajar diselajurkan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Yang Mulia Awang Nur Asmawi bin Awang Asli, Belia Masjid serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dikepalai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dan diakhiri dengan Sembahyang Sunat Dhuha.  Majlis turut disertai seramai lebih 300 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid; Pegawai-Pegawai Kerajaan; Persatuan dan Pergerakan Belia; Belia-Belia Masjid serta penduduk sekitar Kampong Keriam. Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid ini dihasratkan dapat mendidik diri para belia untuk mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat yang membawa belia-belia mendokong gagasan Negara Zikir.

Attachments
Created at 1/25/2024 4:31 PM by Hjh Noraini Binti Hj Samat
Last modified at 1/25/2024 4:31 PM by Hjh Noraini Binti Hj Samat