Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

18.01.2023 | JENESYS2022 Online Program (Japanese Food,Food Safety)

PHOTO-2023-01-19-09-18-11.jpg

PHOTO-2023-01-19-09-18-12-2.jpg 

PHOTO-2023-01-19-09-18-12-7.jpg 

PHOTO-2023-01-19-09-18-12-8.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jamadilakhir 1444H/19 Januari 2023M. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan telah menghantar seramai 20 perwakilan belia terdiri daripada pegawai Jabatan Belia dan Sukan serta mahasiswa dan mahasiswi dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi bagi menyertai Program JENESYS2022 dengan tema Japanese Food, Food Safety yang diadakan secara dalam talian selama tujuh hari bermula 18 hingga 24 Januari 2023.

JENESYS2022 merupakan sebuah program pertukaran belia yang dianjur dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Jepun untuk menjalinkan hubungan dua hala dan persahabatan, di samping mempromosi nilai-nilai budaya, adat resam dan memahami cara hidup masyarakat Jepun.

Program bertujuan untuk menggalakkan kepercayaan dan persefahaman bersama di kalangan rakyat Jepun dan rantau Asia Pasifik dan juga membina asas persahabatan dan kerjasama pada masa depan. Ia juga untuk meningkatkan kefahaman mengenai Jepun dari segi ekonomi, masyarakat, sejarah, budaya yang pelbagai, politik dan hubungan diplomatik.

Disepanjang program dijalankan, perwakilan belia tersebut akan berpeluang untuk mengikuti beberapa aktiviti seperti menjalankan orientasi; food company observation oleh Kewpie Corporation, Kobe Factory; pertukaran sekolah secara maya bersama Kurashikiamaki High School, Okayama; lawatan secara maya ke Osaka Convention and Tourism Bureau; home visit secara maya; mengikuti bengkel berkaitan dengan tema program; dan diakhiri dengan reporting session.​

Attachments
Created at 1/19/2023 3:00 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 1/28/2023 10:47 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan