Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

25.11.2022 | Kejohanan Bolasepak 9 Orang Sepasukan Piala Pengarah Belia dan Sukan

ND5_6255.jpg

ND5_6277.jpg 

ND5_6290.jpg 

ND5_6296.jpg 

ND5_6323.jpg 

ND5_6354.jpg 

ND5_6375.jpg 

ND5_6385.jpg 

ND5_6400.jpg 

IMG_6597.jpg 

IMG_6586.jpg

BERAKAS, Jumaat, 1 Jamadilawal 1444H/25 November 2022M. – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Prasarana dan Estet telah mengelolakan Kejohanan Bolasepak 9 Orang Sepasukan Piala Pengarah Belia dan Sukan Tahun 2022 bertempat di Kompleks Sukan Berakas, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Hadir menyaksikan perlawanan dan menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kemenangan ialah Yang Mulia Dayang Umi Kalthum bin Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan.

Perlawanan peringkat akhir Kejohanan Futsal Piala Pengarah Belia dan Sukan telah menyaksikan perlawanan di antara Bahagian Prasarana dan Estet 'B' menentang Bahagian Prasarana dan Estet 'A'. Turut bertanding bagi mendapat tempat ketiga dan keempat ialah Gabungan Sports Medicine and Research Centre dan Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan menentang Gabungan Daerah.

Objektif kejohanan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim diantara pegawai dan kakitangan jabatan disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas serta memberikan peluang untuk memilih pemain-pemain yang berpotensi untuk mewakili Jabatan Belia dan Sukan bagi persiapan ke kejohanan bolasepak dimasa-masa akan datang.

Sebanyak lima pasukan telah menyertai kejohanan berkenaan iaitu Gabungan DaerahGabungan Sports Medicine and Research Centre dan Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan, Gabungan Bahagian Belia, Sukan dan Pentadbiran, Bahagian Prasarana dan Estet 'A' dan Bahagian Prasarana dan Estet 'B'.​

Attachments
Created at 12/7/2022 2:50 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 12/8/2022 12:08 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan