Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

21.11.2022 | Upacara Selamat Belayar Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke 1st Sea Deaf Games 2022, Kuala Lumpur, Malaysia

500_9180.jpg

500_9188.jpg 

500_9194.jpg 

500_9202.jpg

BERAKAS, Isnin, 26 Rabiulakhir 1444H/21 November 2022M. – 1st SEA DEAF Games 2022 akan membuka tirainya mulai 21 hingga 27 November 2022 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang bertolak ke Kuala Lumpur hari ini dianggotai seramai 13 orang terdiri daripada 6 orang atlet dan 7 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Pegawai Urus Setia (Jurubahasa), Pegawai Perhubungan, Jurulatih dan Kakitangan Perubatan.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan seterusnya memberikan kata-kata nasihat kepada kontinjen negara ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir sama ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kontinjen Negara diketuai oleh Yang Mulia Awang Khairul Anwar bin Haji Jofari selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke 1st SEA DEAF Games 2022, Kuala Lumpur, Malaysia.

Bagi edisi pertama kejohanan ini, atlet dan pasukan negara akan menyertai sebanyak dua acara sukan iaitu Olahraga dan Tenpin Bowling.

Temasya SEA DEAF Games ini dikhaskan untuk warga orang kurang pendengaran rantau ASEAN dan ini adalah program sukan yang pertama kali dianjurkan dan masih baru di peringkat ASEAN. Malaysia dipilih menjadi tuan rumah edisi pertama SEA DEAF Games anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dengan kerjasama Persekutuan Sukan Pekak ASEAN (ADSF) dan akan mempertandingkan empat jenis sukan iaitu Futsal, Olahraga, Tenpin Bowling dan Badminton.​​

Attachments
Created at 12/7/2022 2:12 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 12/8/2022 10:55 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan