Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

18.11.2022 | Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke 1st Sea Deaf Games, Kuala Lumpur, Malaysia

ND5_5944.jpg

ND5_5968.jpg 

ND5_5974.jpg 

ND5_6006.jpg 

ND5_6016.jpg 

ND5_6025.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Rabiulakhir 1444H/17 November 2022M. – Negara Brunei Darussalam akan menyertai 1st SEA DEAF Games 2022 yang dijadualkan berlangsung secara rasminya di Kuala Lumpur, Malaysia bermula pada 21 hingga 27 November 2022.

Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke 1st SEA DEAF Games 2022, Kuala Lumpur, Malaysia telah diadakan bertempat di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir menyempurnakan penyerahan bendera negara tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini, Pegawai Pemantau Zon 2, Masjid Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Hal Ehwal Masjid, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) selaku Pengerusi Majlis dan diselajurkan dengan ucapan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis diteruskan dengan penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Yang Mulia Awang Khairul Anwar bin Haji Jofari selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke 1st SEA DEAF Games 2022, Kuala Lumpur, Malaysia. Sebelum majlis diakhiri, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini dan diselajurkan dengan bergambar ramai bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir dimajlis berkenaan ialah Tuan Yang Terutama Dato' Raja Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), KKBS; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS; Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), KKBS; Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pemilihan dan Penilaian Atlet Kebangsaan; Pegawai-Pegawai Kanan KKBS; Yang Di-Pertua Persatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan; serta para ibu-bapa dan penjaga.

Kontinjen Negara Brunei Darussalam dianggotai seramai 13 orang terdiri daripada 6 orang atlet dan 7 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Pegawai Urus Setia (Jurubahasa), Pegawai Perhubungan, Jurulatih dan Kakitangan Perubatan.

Dalam penganjuran sulung temasya sukan 1st SEA DEAF Games ini, Negara Brunei Darussalam akan menyertai sebanyak dua acara sukan iaitu Olahraga dan Tenpin Bowling.

Malaysia menjadi tuan rumah bagi edisi pertama temasya sukan tersebut dengan mempertandingkan sebanyak empat acara sukan iaitu Futsal, Olahraga, Tenpin Bowling dan Badminton yang akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur. SEA DEAF Games ini dikhaskan untuk warga orang kurang pendengaran rantau ASEAN dan ini adalah program sukan yang julung kali dianjurkan dan masih baru di peringkat ASEAN.

Kontinjen negara dijangka bertolak ke Kuala Lumpur pada hari Isnin, 21 November 2022.​​

Attachments
Created at 12/7/2022 2:08 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 12/8/2022 10:58 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan