Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

17.11.2022 | Youth Business Talk 2022: Pemahaman Pemasaran

500_8844.jpg

500_8851.jpg 

500_8857.jpg 

500_8864.jpg 

500_8872.jpg 

500_8881.jpg 

500_8892.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Rabiulakhir 1444H/17 November 2022M. – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan Youth Business Talk 2022 dengan tajuk utamanya iaitu Pemahaman Pemasaran. Program telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 November 2022 di Ibu Pejabat Progresif Sdn. Bhd. di Jalan Pasar Baharu Gadong.

Program tersebut telah menjemput beberapa orang pemudah cara dan penceramah daripada Jabatan Belia dan Sukan, Progresif Sdn. Bhd., Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Shell LiveWire Brunei dan Geek Turf. Seramai 50 orang belia dari pelbagai latar belakang telah menyertai program berkenaan yang mana para peserta tersebut telah menyertai beberapa ceramah dan aktiviti yang disediakan.

Sesi Plenari juga turut diadakan yang mana ahli-ahli panel terdiri daripada Yang Mulia Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah daripada BIBD, Yang Mulia Hafiza binti Mohamad daripada Progresif Sdn. Bhd. dan Yang Mulia Abdul Qawiem bin Haji Yacob daripada Shell Livewire Brunei. Sesi Plenari tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Pengiran Kamal Gahadafi bin Pengiran Haji Suhaimi daripada Jabatan Belia dan Sukan.

Sementara Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah diadakan pada 17 November 2022. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif, Progresif Sdn. Bhd. Beliau telah menyempurnakan penyampaian sijil-sijil penghargaan dan penyertaan kepada para peserta dan penceramah.

Antara lain tujuan Youth Business Talk 2022 ini diadakan adalah untuk memberikan para peserta penyediaan pengetahuan dan mempelajari lebih lanjut lagi mengenai dunia perniagaan, khususnya di dalam bidang pemasaran, di samping membuahkan minat kepada para peserta untuk membuka perniagaan mereka sendiri.

Program Youth Business Talk telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sejak 2016 yang mana antara tajuk perbincangan utamanya adalah mengenai keusahawanan. Program tersebut turut memberikan latihan kepada lebih 1,000 peserta dari pelbagai bidang. Dengan adanya kerjasama daripada stakeholder seperti Progresif Sdn. Bhd. dan agensi-agensi yang terlibat, penganjuran program ini adalah sangat penting dalam sama-sama membangunkan para belia untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan selaras dengan pembangunan negara menuju Wawasan 2035.​​

Attachments
Created at 12/7/2022 2:02 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 12/8/2022 11:05 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan