Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

30.09.2022 | Wira Fajar

DSC_2312.jpg

DSC_2343.jpg 

DSC_2321.jpg 

DSC_2381.jpg

PENGKALAN BATU, Jumaat, 04 Rabiulawal 1444H/30 September 2022M. – Seramai 270 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Persatuan dan Pergerakan Belia, Belia-Belia Masjid serta penduduk sekitar Kampong Pengkalan Batu telah menyertai Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid Bagi Tahun 1444H/2022M bertempat di Masjid Kampong Pengkalan Batu.

Hadir ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) KKBS; Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), KKBS; Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; serta Pegawai-Pegawai Kanan KKBS.

Program diisikan dengan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Muhammad Azyad bin Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz, Belia Masjid Kampong Pengkalan Batu dan diikuti dengan Tazkirah Subuh bertajuk “Belia Siaga Masa Depan" oleh Yang Mulia Awang Md Yussof bin Haji Abdul Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Majlis Ugama Islam Brunei. Wira Fajar diselajurkan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Yang Mulia Awangku Muhammad Imanul Isyraf bin Pengiran Haji Aliudin, Belia Masjid Kampong Pengkalan Batu, diteruskan dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa COVID-19 dipimpin oleh Yang Mulia Md Adhwa Firdaus bin Yusra, Belia Masjid Kampong Pengkalan Batu dan diakhiri dengan Sembahyang Dhuha.

Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid merupakan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Belia-Belia Masjid. Wira Fajar kali ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-17, Tahun 2022.

Program tersebut dihasratkan dapat mendidik diri para belia untuk mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat terutama sekali dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid-masjid.

Attachments
Created at 11/15/2022 9:23 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 11/28/2022 3:25 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan