Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

30.09.2022 | Majlis Penutup Program Pertukaran Belia Negara Brunei Darussalam-Republik Korea 2022 Secara Maya

DSC_5952.jpg

DSC_5955.jpg 

DSC_5972.jpg 

DSC_5989.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 04 Rabiulawal 1444H/30 September 2022M. – Program Pertukaran Belia Negara Brunei Darussalam - Republik Korea 2022 secara maya merupakan program anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Korea Youth Work Agency (KYWA) dan Ministry of Gender Equality and Family yang diadakan selama tiga hari bermula pada 15, 16 dan 30 September 2022 berakhir hari ini dengan Majlis Penutup yang diadakan secara maya bertempat di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis Penutup tersebut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis.

Hadir sama ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.

Aturcara majlis dimulakan dengan video ucapan penutup (rakaman) daripada Mr. Kim Hyon Won, Executive Director for Youth Policy Planning, KYWA, diikuti dengan ucapan penutup daripada Pengarah Belia dan Sukan, diteruskan dengan ucapan daripada wakil peserta Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dayang Berlyanna Indah Yordhana binti Jefry serta ucapan daripada wakil peserta Republik Korea, Seohyeon Min dan diteruskan dengan tayangan video Brunei Darussalam and Republic of Korea Intergovernmental Youth Exchange Program 2022 (Virtual) serta penerangan ringkas mengenai cenderahati kenang-kenangan dari kedua-dua buah negara. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.

Para peserta yang terdiri daripada wakil persatuan-persatuan belia, sekolah menengah, kolej dan institusi pengajian tinggi telah dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut peringkat umur dan tajuk perbincangan seperti berikut:

BILKUMPULANUMURTAJUK
1.Kumpulan A16 – 18 tahun (4 orang)Sustainable and Livable Planet
2.Kumpulan B19 – 24 tahun (4 orang)The Importance of Digital Transformation and Improving Digital Transformation Capacity of Youth


Program bertujuan untuk mewujudkan platform untuk belia melalui dialog mengenai budaya daripada kedua negara serta menghimpunkan belia-belia untuk berkongsi idea dan pengetahuan serta menjalinkan persahatan. Di samping itu, program dapat memperluaskan perspektif kedua-dua negara dengan memperkuatkan semangat kerjasama antarabangsa dan mengadakan perbincangan mengenai isu global terutama sekali berkaitan dengan kehidupan selepas pandemik COVID-19.​

Attachments
Created at 11/15/2022 9:09 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 11/28/2022 3:22 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan