Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

26.09.2022 | Upacara Menyambut Kepulangan Kontinjen Negara Brunei Darussalam Dari Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, Malaysia

ND5_5388.jpg

ND5_5397.jpg 

ND5_5428.jpg 

ND5_5448.jpg 

ND5_5464.jpg

BERAKAS, Ahad, 28 Safar 1444H/25 September 2022M. – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Urus Setia, pasukan Renang dan Pencak Silat telah pulang ke tanahair selepas menyertai kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir sama ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.

Atlet sukan Renang negara, Joel Ling Thai Yu berjaya memenangi pingat perak bagi acara 200m Back Stroke Lelaki dengan catatan masa 2:12.91 saat dan memperbaiki rekod peribadi sebelum ini dengan catatan masa 2:14.68 saat. Sementara Awang Md. Izzamuddin bin Taha telah meraih pingat gangsa buat negara bagi acara Pencak Silat dalam Kategori Tanding Lelaki Kelas A.

Kontinjen negara telah diketuai oleh Yang Mulia Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, Malaysia.

Edisi SUKMA kali ini, kontinjen negara telah menyertai sebanyak lima acara sukan iaitu Akuatik (Renang), Karate, Petanque, Pencak Silat dan Wushu.​​

Attachments
Created at 11/15/2022 9:02 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 11/28/2022 3:17 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan