Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

17.09.2022 | Upacara Selamat Belayar Rombongan Keempat Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, Malaysia

500_7141.jpg

BERAKAS, Sabtu, 20 Safar 1444H/17 September 2022M. – Seramai 10 orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang mana empat orang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan Renang dan enam orang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan Pencak Silat telah bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menyertai kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022.

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar serta memberikan kata-kata nasihat kepada kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Mulia Dayang Zainab binti Haji Morshidi, Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan selaku wakil Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir sama ialah pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.

Pada SUKMA kali ini, Kontinjen Negara Brunei Darussalam menyertai sebanyak lima acara sukan iaitu Akuatik (Renang), Karate, Petanque, Pencak Silat dan Wushu.

Negara Brunei Darussalam mula mengikuti SUKMA pada tahun 1996. Hingga ke hari ini negara telah memperolehi 5 pingat emas, 12 pingat perak dan 28 pingat gangsa secara keseluruhan, di mana pencapaian terbaik negara ialah pada tahun 2004 di Negeri Sembilan dengan meraih 1 pingat emas, 5 pingat perak dan 5 pingat gangsa. Kali terakhir Negara Brunei Darussalam menyertai SUKMA ialah pada tahun 2018 di Negeri Perak dengan memperolehi 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Attachments
Created at 10/6/2022 10:26 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 10/6/2022 10:40 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan