Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

14.09.2022 | Upacara Selamat Belayar Rombongan Ketiga Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, Malaysia

500_7072.jpg

500_7091.jpg 

500_7105.jpg

BERAKAS, Rabu, 17 Safar 1444H/14 September 2022M. – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia hari ini dianggotai seramai empat orang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan Petanque bagi menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan seterusnya memberikan kata-kata nasihat ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.

Kontinjen Negara diketuai oleh Yang Mulia Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, Malaysia.

Edisi kali ini, atlet dan pasukan negara akan menyertai sebanyak lima acara sukan iaitu Akuatik (Renang), Karate, Petanque, Pencak Silat dan Wushu.

Negara Brunei Darussalam mula mengikuti SUKMA pada tahun 1996. Kali terakhir Negara Brunei Darussalam menyertai SUKMA ialah pada tahun 2018 di Negeri Perak.

Rombongan terakhir akan bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia pada hari Sabtu, 17 September 2022.​

Attachments
Created at 10/6/2022 10:20 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 10/6/2022 10:25 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan