Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

03.09.2022 | Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil Program Bas Belia 2022

ND5_3623.jpg

6F4A0289.jpg

ND5_3582.jpg

ND5_3604.jpg

ND5_3617.jpg

ND5_3643.jpg


ND5_3650.jpg

ND5_3695.jpg

ND5_3740.jpg

TEMBURONG, Sabtu, 06 Safar 1444H/03 September 2022M. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Bas Belia 2022 bertempat di Dewan Belalong, Daerah Temburong.

Edisi Program Bas Belia pada tahun ini merupakan penganjuran kali ketiga diadakan sebagai program sampingan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-17 yang telah disambut pada 9 Ogos 2022. Program ini adalah kesinambungan daripada Program Pertukaran Belia Daerah-Daerah yang mula diperkenalkan pada tahun 2016 dan dievolusikan kepada Program Bas Belia sejak tahun 2018.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) KKBS; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan); Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS; Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS; dan Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong serta pegawai-pegawai kanan.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Haji Awang Shafrillah bin Haji Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohd Salleh Pekan Bangar, Temburong dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan selaku Pengerusi Program dan ucapan daripada wakil peserta program dari Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong iaitu Yang Mulia Dayangku Asqina Nur Aiman binti Pengiran Mohamad Aminuddin, Yang Mulia Mohammad Nur Aiman bin Mohamad Yusri dan Nor Hameezul Hafiz bin Nor Hashim. Majlis diteruskan dengan persembahan daripada peserta program dan tayangan video Program Bas Belia. Tetamu kehormat telah menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta dan sijil penghargaan kepada para penaja program. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Program Bas Belia 2022 telah diadakan selama lima hari bermula pada 30 Ogos hingga 3 September 2022 dengan kerjasama Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Tenaga dan Jabatan Daerah di keempat-empat daerah.

Pada tahun ini seramai 40 orang belia, 21 lelaki dan 19 perempuan berumur diantara 15 hingga 22 tahun dari keempat-empat daerah telah menyertai program tersebut, dengan 16 daripadanya dari Daerah Brunei dan Muara, 8 dari Daerah Belait, 8 dari Daerah Tutong dan 8 dari Daerah Temburong.

Di antara pengisian program termasuk taklimat pengenalan program, sesi suaikenal, sesi pertemuan bersama Pegawai-Pegawai Daerah, aktiviti pembangunan diri dan kepimpinan, aktiviti kerohanian dan keugamaan, aktiviti sukan dan fizikal, aktiviti keusahawanan, aktiviti kebudayaan serta aktiviti khidmat kepada masyarakat dan sebagainya.

Objektif program adalah untuk membentuk sahsiah peserta untuk mencapai potensi yang maksima melalui interaksi langsung dan percambahan minda serta meningkatkan ilmu dan kemahiran ke arah perkembangan dan pembangunan diri, kepimpinan, daya usaha dan persefahaman. Disamping itu, ianya dapat memberikan pendedahan kepada peserta untuk mengenali, hormat-menghormati dan seterusnya mencintai kehidupan berkomuniti, berbangsa dan bernegara dengan mengasah lagi asas agama, budaya dan tradisi puak melayu yang ada di Brunei melalui identitinya, adat resam, pantang larang dan sosio-budaya masyarakat di daerah-daerah.

Program Bas Belia juga merupakan sebagai wadah untuk meningkatkan kesedaran dan mendedahkan golongan sasaran kepada pelbagai info-maklumat serta membangkitkan semangat para peserta untuk sama-sama berganding bahu dan bersatu padu dalam membangunkan negara meliputi segala aspek kemajuan ilmu pengetahuan, akhlak dan adab serta melatih pola pemikiran yang positif.

Program diharap dapat melahirkan golongan belia yang mempunyai jati diri tulen sebagai pemangkin dalam mempertahankan, melindungi dan memelihara serta menghargai alam semula jadi seterusnya menyuntik kesedaran betapa pentingnya menjaga kelestarian alam dan hutan serta menjadikan generasi muda masa kini memahami kepentingan keseimbangan dalam menerajui kehidupan di era yang mencabar ini, iaitu dengan penerapan vaksin ketuhanan di samping keperluan mereka untuk beradaptasi pada perkembangan sains dan teknologi serta isu semasa dalam keadaan norma baharu.​


Attachments
Created at 9/5/2022 9:52 AM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 10/6/2022 3:24 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan