Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

26.08.2022 | Majlis Pelancaran Santai de Indoor

ND5_3381.jpg

ND5_3385.jpg

ND5_3409.jpg

ND5_3428.jpg

ND5_3439.jpg

ND5_3461.jpg

ND5_3478.jpg

ND5_3489.jpg

ND5_3516.jpg

ND5_3522.jpg

ND5_3526.jpg

ND5_3536.jpg

ND5_3553.jpg

BERAKAS, Jumaat, 28 Muharram 1444H/26 Ogos 2022M. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan telah mengadakan Majlis Pelancaran Santai De Indoor Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-17, Tahun 2022 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Hadir menyempurnakan majlis pelancaran ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dikepalai oleh Yang Mulia Khairul Ariffin bin Haji Yusop, Imam Tingkat I, Masjid Omar Ali Saifuddien, diikuti dengan Perasmian Santai De Indoor oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan lawatan ke kiosk-kiosk. Sebelumnya, tetamu kehormat berserta jemputan yang hadir telah berkesempatan untuk menunaikan Solat Fardu Isya' berjemaah di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Acara-acara sampingan Majlis Pelancaran Santai De Indoor akan diadakan selama tiga hari bermula pada 26 hingga 28 Ogos 2022. Sejumlah 10 pengendali kiosk yang terdiri daripada peniaga tempatan, penerima bantuan dan belia-belia akan bermula beroperasi pada hari ini.

Acara-acara sampingan yang turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana Santai De Indoor dengan penglibatan pameran Bike Show daripada Persatuan PEMODA, Car Show daripada ahli-ahli persatuan peminat kereta Volkswagon Beetle dan Mini Cooper, Persembahan-persembahan seni daripada belia-belia, demonstrasi Inline Skating dan Sukan Teqball.

Sementara acara Mass Aerobic juga akan turut diadakan pada hari Ahad, 28 Ogos 2022 bermula jam 7.00 pagi bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Kehadiran orang ramai sangat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi acara Mass Aerobic pada hari Ahad ini.​


Attachments
Created at 9/1/2022 9:45 AM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 10/6/2022 3:28 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan