BERAKAS, Sabtu, 22 Muharram 1444H/20 Ogos 2022. - Ke arah menyokong kempen '1 Billion Steps, Together: BN On The Move' anjuran Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan '1 Billion Steps, Together: BN On The Move - Aerobics and Briskwalk' bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Acara dimulakan dengan sesi senamrobik dan diikuti dengan berjalan pantas sejauh 4 kilometer.
Hadir ke acara tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kesukanan, Kebudayaan dan Kebeliaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai.