Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

03.05 2021 | Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2021

​Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin memaklumkan bahawa borang pencalonan bagi Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2021 Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2021 kini boleh didapati melalui portal YSNet di www.ysnet.gov.bn dan tatacara memohon juga boleh diperolehi melalui laman sesawang Hari Belia Kebangsaan di www.hbk.gov.bn dengan klik pada pautan (link) diberikan. 

Kategori anugerah pada tahun ini dibahagikan kepada empat (4) iaitu: 

1. Projek Cemerlang Untuk Belia – Anugerah ini merupakan pengiktirafan bagi projek-projek belia dalam pelbagai bidang yang berjaya menjadi inspirasi dan model kepada pembangunan masyarakat secara am dan khususnya kepada para belia;

2. Pemimpin Muda Belia – Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan atas khidmat cemerlang kepada pemimpin Muda Belia dalam memajukan organisasi atau pergerakan belia dalam pelbagai bidang secara berterusan hingga menjadi ikutan serta melahirkan generasi belia yang berjaya;

3. Belia Cemerlang – Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada seorang belia yang telah memberikan sumbangan jasa yang cemerlang dalam apa jua bidang diceburi atau memperlihatkan usaha-usaha yang membuahkan hasil membanggakan dan mengharumkan nama negara;

4. Belia Berkhidmat – Diberikan kepada belia yang banyak menyumbang khidmat sukarela kepada negara atau orang lain. 

Setiap pencalonan hendaklah mengisikan borang pencalonan yang disediakan dengan lengkap dan menyertakan dokumen yang dikehendaki. 

Pencalonan dibukakan bermula pada hari Isnin, 03 Mei 2021 dan tarikh tutup pencalonan ialah pada hari Selasa, 01 Jun 2021 pukul 4.00 petang. 

Sebarang pertanyaan mengenai anugerah tersebut bolehlah menghubungi Urus Setia Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2021, Jabatan Belia dan Sukan di alamat Tingkat 3, Bahagian Belia, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan BC4415 atau di talian 2381903/4/5 sambungan 1305/6. 

Attachments
Created at 5/3/2021 4:19 PM by Susieyanti Hamdi
Last modified at 5/10/2021 11:42 AM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil