Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

28.04.2021 | Siaran Media Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Mengenai Penutupan Kompleks-Kompleks Sukan Di Bawah Kawalan Jabatan Belia Dan Sukan Sempena Memperingati Nuzul Al-Quran 1442H/2021M

panji kkbs.png

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa penggunaan Padang-Padang, Dewan Sukan, Kolam-Kolam Renang, Gelanggang Sukan Luar serta Kemudahan-Kemudahan Sukan Jabatan Belia dan Sukan akan ditutup pada hari Jumaat, 17 Ramadhan 1442H bersamaan 30 April 2021M Sempena Memperingati Nuzul Al-Quran 1442H/2021M.

 

Bagi menghormati Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Bagi Tahun 1442H/2021M, maka penggunaan Padang-Padang, Dewan Sukan, Kolam-Kolam Renang, Gelanggang Sukan Luar serta Kemudahan-Kemudahan Sukan Jabatan Belia dan Sukan akan ditutup awal pada hari Khamis, 16 Ramadhan 1442H bersamaan 29 April 2021M pukul 5.00 petang.

 

Manakala penggunaan Padang-Padang, Dewan Sukan, Kolam-Kolam Renang, Gelanggang Sukan Luar serta Kemudahan-Kemudahan Sukan Jabatan Belia dan Sukan akan dibuka semula seperti biasa pada hari Sabtu, 18 Ramadhan 1442H bersamaan 1 Mei 2021M.

 

 

#     #     #

 

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

15 Ramadhan 1442H/28 April 2021M

Attachments
Created at 4/28/2021 1:01 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/10/2021 11:40 AM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil