RIMBA, Selasa, 26 Januari. – Jabatan Belia dan Sukan melalui Bahagian Latihan dan Pusat Sumber dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam telah mengadakan Kursus Tatacara Persuratan Rasmi selama dua hari pada 26 dan 27 Januari 2021 bertempat di Institut Perkhidmatan Awam, Kampong Rimba.
Seramai 16 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan telah menyertai kursus berkenaan.
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam menyediakan surat rasmi, memorandum, e-mel dan minit yang bersistematik dan berkualiti serta agar para peserta dapat melaksanakan tugas sebagai penulis dengan lebih berkesan dan berkeyakinan.