BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 Disember. - Seramai 39 orang belia telah membuat lawatan ke Jabatan Adat Istiadat Negara bagi program Lawatan Sambil Belajar: Terasul dan Bahasa Dalam yang dikelolakan oleh Alumni Program Belia Cinta Tanah Air dan disokong oleh Majlis Belia Brunei bersempena dengan Kempen Hari Bertindak (Day of Action 2020).
Taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia Awangku Mohd. Noor Hamaddi bin Pengiran Ahmad, Pegawai Adat Istiadat.