Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

05.12.2020 | Youth Town Hall Brunei Edisi Ke-2

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Disember. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Young Professionals Network BN menganjurkan Youth Town Hall Brunei Edisi Ke-2 di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, menyaksikan lebih daripada 400 peserta menghadiri acara tersebut sama ada secara fizikal dan 'virtual' dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Youth Town Hall Brunei adalah satu platform yang ditubuhkan pada tahun 2020 bersempena National Youth Day iaitu bagi memupuk solusi ke arah daya pemikiran maju dan komuniti belia yang saling bekerjasama serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Penganjuran Edisi Ke-2 ini membawakan tema 'Leading for National Development in The New Normal' yang memberikan peluang kepada belia untuk berinteraksi bersama tiga Menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Negara Brunei Darussalam (NBD) sedang menjalani fasa transformasi pembangunan sosioekonomi didorong oleh transformasi digital yang menyokong Revolusi Industri Ke-4, penyertaan belia sebagai pemimpin dan 'pencipta' bersama adalah semakin penting dalam landskap yang cepat berubah dan dinamik terutama dalam merealisasikan NBD sebagai 'Negara Pintar'.

Edisi kali ini memberi tumpuan kepada pelbagai isu yang berkaitan dengan agenda pembangunan negara yang bertujuan untuk menyediakan belia dengan pengetahuan, alat dan memperkasakan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial NBD secara proaktif, inovatif dan dinamik dan dalam masa yang sama, untuk memperkenalkan 'Town Hall' sebagai mekanisme penglibatan formal untuk maklum balas dengan belia sebagai rakan kongsi pembangunan dan melibatkan mereka mengenai peluang dan rancangan pembangunan.

Sesi Youth Town Hall Brunei dikendalikan oleh Pengasas Bersama Young Professionals Network BN, Fatin Arifin dan Pasukan Teras (Core Team), Young Professionals Network BN, Fadli M. Zaini.


DSC_2734.jpg

DSC_2727.jpg

DSC_2738.jpg

DSC_2740.jpg

DSC_2747.jpg

DSC_2769.jpg

DSC_2749.jpg

Attachments
Created at 12/7/2020 12:11 PM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 12/9/2020 11:52 AM by Susieyanti Hamdi