Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

30.11.2020 | Kursus CPR, AED dan First Aid Jabatan Belia dan Sukan

TUNGKU LINK, Isnin, 30 November. - Jabatan Belia dan Sukan melalui Bahagian Latihan dan Pusat Sumber dengan kerjasama Institut Sains Kesihatan PAPRSB Universiti Brunei Darussalam telah mengadakan Kursus CPR, AED dan First Aid selama dua hari pada 30 November 2020 dan 01 Disember 2020 bertempat di Bilik First Aid,  Institut Sains Kesihatan PAPRSB Universiti Brunei Darussalam.

Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan telah menyertai kursus berkenaan.

Tujuan kursus diadakan adalah bagi memperbaharui sijil CPR, AED dan First Aid yang mansuh, disamping mengulangkaji kemahiran kepada CPR dan First Aid bagi Penyelamat Kolam jabatan ini untuk membantu menyelamat orang ramai serta memberi pendedahan kepada Penyelamat Kolam jabatan untuk melaksanakan tugas penyelamat dengan lebih berkesan.


500_6620.jpg

500_6606.jpg

500_6582.jpg

500_6590.jpg

500_6676.jpg

500_6696.jpg

Attachments
Created at 12/2/2020 10:26 PM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 12/9/2020 4:26 PM by Susieyanti Hamdi