Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

01.03.2020 | Belia perlu menanamkan rasa cintakan negara

​Belia-belia diseru untuk bersatu padu dalam menggembleng tenaga ke arah mencapai Wawasan Negara 2035, bukan sahaja memajukan negara ini untuk mencapai kepada matlamat 2035 bahkan menjadikan ia sebagai sebuah negara Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur.


Justeru, Yang Di-Pertua Pertubuhan Wargamas Brunei Darussalam, Pengiran Haji Mohd. Salleh bin Pengiran Haji Kamaluddin semasa ditemu bual pada acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara mengingatkan agar kita terus menerus untuk memajukan lagi negara supaya setaraf dengan negara-negara yang maju di dunia.


Manakala, Jurulatih Projek Ikan Pusu (PIP), Awang Mohd. Adi Shahirol Izzat bin Haji Omar pula melahirkan rasa bertuah kerana dapat menyertai riadah tersebut buat kali ketiga bersama pemain-pemain PIP.

 

Menurutnya, riadah ini adalah satu platform yang baik untuk kanak-kanak beriadah khususnya pada waktu pagi. Dengan riadah ini jelasnya, akan menimbulkan minat untuk bersukan, di samping dapat menjaga kesihatan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama ahli-ahli PIP dengan orang ramai.

 

Beliau turut menyarankan agar belia-belia dan kanak-kanak di negara ini yang berminat dalam sukan bola sepak untuk menyertai PIP.


Kemudian, Awang Mohd. Norazri bin Haji Md. Abdul Hazimin yang mengetuai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dalam acara riadah itu menyatakan riadah tahun ini adalah untuk memeriahkan lagi acara sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36 Tahun.

 

Tambahnya lagi, riadah ini sekali gus menarik minat pelbagai lapisan masyarakat khusus belia-belia di negara ini untuk menyumbang dan berkhidmat dalam apa juga acara di negara ini. Oleh yang demikian, para belia negara diharap akan dapat menanamkan rasa cintakan negara dengan menjayakan Wawasan Negara 2035 dengan menjadikan rakyat Brunei ini maju pada masa akan datang, di samping mengekalkan lagi dari segi rohani dan jasmani.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 3/3/2020 7:02 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/3/2020 7:02 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli