Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

21.02.2020 | PBCTA pelajari calak Brunei

Seramai 42 orang peserta terdiri daripada 20 orang belia lelaki dan 22 orang belia perempuan dari keempat-empat daerah menghadiri bual bicara 'Fahami Calak Brunei' bagi Program Belia Cinta Tanah Air (PBCTA) Kali Ke-15 Tahun 2020.


Bual bicara bersama Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos itu diadakan di Dewan Riadah, Pusat Belia, di ibu negara.

 

Dalam bual bicara itu, antara lain menyentuh tentang pengajaran sejarah iaitu bagaimana negara Brunei ini dilihat dari segi sejarahnya.


Beliau juga turut mengongsikan mengenai penggunaan 'context' dalam melihat apa-apa sahaja gambaran kerana ia juga akan dapat menggambarkan tentang sejarah.

 

Bukan itu sahaja, Awang Haji Mohd. Rozan turut menceritakan tentang sejarah-sejarah lama seperti raja-raja, pembesar-pembesar pada zaman dahulu kalanya.


Bual bicara tersebut bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengajaran kepada para belia di samping memberi maklumat kepada mereka mengenai pentingnya memahami calak di negara ini.


PBCTA dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan serta beberapa agensi lain yang terlibat iaitu Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Persatuan Kemajuan Insan (KESAN), Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) dan Belia Da'ie Brunei.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 2/25/2020 11:37 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 2/25/2020 11:37 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli