Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

17.02.2020 | KEMBARA 36 terapkan gaya hidup sihat

KEMBARA 36 adalah aktiviti riadah anjuran Alumni Program Belia Cinta Tanah Air (PBCTA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Bahagian Belia dan disokong oleh Bebuloh Native Camp.

Acara diadakan kelmarin itu, bermula dari Pusat Belia dan berakhir di tempat yang sama di mana seramai 50 peserta menyertai aktiviti berjalan kaki sejauh 36 kilometer.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi acara perlepasan, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat.

 

Acara diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2020 yang bertujuan untuk melahirkan peserta yang sihat sama ada dari segi mental mahupun fizikal.

 

Selain itu, aktiviti tersebut juga bertujuan untuk melahirkan rasa bersyukur menjadi belia di bumi yang bertuah ini dengan mengimbau kembali gaya hidup orang terdahulu tanpa kenderaan (berjalan kaki).

 

Para peserta KEMBARA 36 berjalan melalui Jalan Kumbang Pasang, Jalan Perdana Menteri, Jalan Utama Berakas kemudian memasuki Lebuhraya Muara-Tutong, memasuki Jalan Utama Tanah Jambu, Jalan Utama Salambigar, Jalan Utama Mentiri, Jalan Kebangsaan Lama dan menuju ke Jalan Tasek kemudian berakhir di Pusat Belia.

 

Dalam perjalanan dari Jalan Tasek menuju ke Pusat Belia, para peserta diiringi oleh para penunggang motor berkuasa tinggi dari Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA).

Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 2/19/2020 3:32 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 2/19/2020 3:32 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli