Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

09.02.2020 | Adanya belia dahulu, jadikan belia hari ini hebat

Penyelia Pusat Belia, Awang Haji Md Sofian bin Haji Amit selaku Setiausaha Bersama Festival Jubli Emas Pusat Belia berkata, antara objektif Jiwaku Seni Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) Sempena Festival Jubli Emas 50 Tahun Bangunan Pusat Belia Bandar Seri Begawan (BSB) yang dipersembahkan adalah untuk mengenang kembali penubuhan KKBT sejak 27 Ogos 2018, yang mana berkembangnya bakat-bakat muda dalam pelbagai jurusan seni.

"Selain itu, menarik kembali masyarakat dalam sama-sama memiliki rasa kepunyaan Pusat Belia walaupun umur tidak lagi umur belia. Belia dahulu menjadikan Belia Hari ini lebih hebat," ujarnya semasa ditemui pada acara berkenaan yang berlangsung di pusat tersebut.

 

Menyentuh mengenai festival ini jelasnya, pengisiannya meliputi aktiviti dahulu dan aktiviti hari ini supaya mereka yang pernah mengangkat nama Pusat Belia akan merasa dihargai.


Pada acara itu, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Saidah binti Haji Wahid selaku tetamu kehormat menyaksikan persembahan Jiwaku Seni yang mempersembahkan persembahan bercorak kebudayaan seperti tarian kebudayaan, nyanyian serta puisi dan bermacam-macam-macam lagi.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 2/19/2020 3:21 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 2/19/2020 3:21 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli