Bersempena
Hari Ulang Tahun Pusat Belia yang ke-50 Tahun, Excel Event Planning
dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan (KKBS) telah menganjurkan pelbagai aktiviti pada 8 dan 9
Februari ini bertempat di Pusat Belia, di ibu negara.
Pada
malam ini, Persembahan Live Band menampilkan empat band tempatan yang
memainkan lagu-lagu era 1980-an hingga 1990-an di Dewan Riadah Pusat
Belia memeriahkan lagi sambutan hari ulang tahun berkenaan.
Hadir
menyaksikan persembahan tersebut ialah Setiausaha Tetap KKBS, Pengiran
Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan selaku tetamu kehormat.
Pelbagai
aktiviti telah disusun sepanjang sambutan selama dua hari itu yang
melibatkan penyertaan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana tempatan
yang akan mempamerkan jualan masakan, produk dan perkhidmatan mereka
bermula 5.00 petang hingga 11.00 malam.
Selain
itu, kumpulan dram percussions, Kamaloko juga akan mengadakan
persembahan pada 9 Februari dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam.
Turut
diadakan aktiviti bersama keluarga termasuk permainan fun fair mini,
eagles show, pameran reptile, aktiviti memanah dan kelas bacaan
Al-Quran.
Aktiviti
berkenaan adalah sebagai platform yang telah diusahakan bagi
meningkatkan kesedaran dalam kalangan bakat-bakat tempatan dan juga
usahawan-usahawan muda di negara ini untuk membangunkan dan
mempromosikan keusahawanan.
Sumber : Pelita Brunei