Jabatan
Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan
kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan
Belia-Belia Masjid telah mengadakan Wira Fajar Program Belia Sembahyang
Fardu Subuh Berjemaah Di Masjid bagi tahun 1441H/2019M bertempat di
Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, di sini.
Hadir
pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang
Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin
Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Atur
cara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah diimamkan oleh
Imam Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Awang Haji Syamsul Nizam bin
Haji Badar, diikuti dengan Ceramah dan Tazkirah Subuh bertajuk
'Menggapai Khusnul Khotimah' oleh Pensyarah Kolej Universiti Perguruan
Ugama Seri Begawan, Awang Nazirul Mubin bin Ahad dan diselajurkan dengan
bacaan Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Imam Masjid Rashidah Sa'adatul
Bolkiah dan diakhiri dengan Sembahyang Sunat Dhuha.
Majlis
itu turut disertai oleh seramai lebih 400 orang terdiri daripada
Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah;
Pegawai-pegawai kerajaan; Persatuan-persatuan Belia; Belia-belia Masjid;
belia-belia dari sektor kerajaan dan swasta; serta penduduk sekitar
Kampong Sungai Akar.
Wira
Fajar Program Belia Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah Di Masjid ini
merupakan penganjuran kali kelima yang bertujuan untuk mendidik diri
para belia untuk mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta
memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang
bermanfaat terutama sekali dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan
di masjid-masjid.
Turut
hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji
Ali bin Pengiran Maon, selaku Penghulu Mukim Berakas 'B'; Setiausaha
Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abd
Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap
(Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; dan
Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS, Kolonel (B)
Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.
Sumber: Pelita Brunei