Kumpulan
MINDA Youth Movement dengan kolaborasi bersama Jabatan Belia dan Sukan,
Daerah Belait dan Green Depot mengadakan acara 'City Clean Up' iaitu
kempen kebersihan di sekitar kawasan Pekan Belait.
Kempen
yang bermula seawal jam 7.30 pagi tadi diadakan sempena Sambutan Hari
Sukarelawan Antarabangsa dan Kempen 'Day of Action'.
Aktiviti kebersihan ini merangkumi seluas 2 kilometer di Dewan Serbaguna, Jalan Bunga Rambai, Daerah Belait.
Acara
dimulakan dengan perasmian yang disempurnakan oleh Ahli Majlis
Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanafi bin Mohd. Siput selaku
Ketua Kampung Labi 1.
Turut
menyertai kempen 'City Clean Up' tersebut ialah Setiausaha Tetap
(Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan juga
Ketua Cawangan Jabatan Belia dan Sukan, Awang Md. Shahjohan bin Haji
Shari.
Seramai 40 sukarelawan menyertai kempen berkenaan.
Antara
objektif kempen diadakan adalah sebagai menyahut seruan kerajaan dalam
mengekalkan persekitaran yang bersih, memberi kesedaran kepada orang
awam terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan meningkatkan
penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan.
Sumber: Pelita Brunei